Ibu mengaku cederakan anak berusia 11 tahun

Mahkamah menetapkan 16 Disember sebagai tarikh bagi fakta hukuman. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya yang berusia 11 tahun sehingga mendatangkan kecederaan fizikal pada Oktober lalu.
Ringkasan AI
- Wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menganiaya anak kandung berusia 11 tahun sehingga cedera fizikal.
- Doktor mengesahkan tertuduh layak untuk dibicarakan dan meminta pertuduhan dibacakan semula.
- Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan denda tidak melebihi RM50,000, penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah menganiaya mangsa sehingga mengalami kecederaan pada kepala dan lengan.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di sebuah rumah pangsa dekat Lobak, di sini, pada 29 Oktober lalu.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, Peguam Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Hanis Anisah Jamiludin memohon satu tarikh lain untuk fakta dan hukuman.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Disember sebagai tarikh bagi fakta hukuman.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah wanita yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya? A: Fatin Nur Diana Zakaria, 31 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya anak kandungnya yang berusia 11 tahun sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.
- Q: Apakah kecederaan yang dialami oleh mangsa akibat penganiayaan yang dilakukan oleh tertuduh? A: Mangsa mengalami kecederaan pada kepala dan lengan akibat penganiayaan yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di sebuah rumah pangsa di Lobak, Seremban.
- Q: Apa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh yang boleh dihukum di bawah Akta Kanak-Kanak 2001? A: Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM50,000, penjara maksimum 20 tahun, atau kedua-duanya.
- Q: Siapakah yang memohon satu tarikh lain untuk fakta dan hukuman dalam kes ini? A: Peguam Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Hanis Anisah Jamiludin, memohon satu tarikh lain untuk fakta dan hukuman dalam kes ini.
- Q: Bilakah tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah bagi fakta dan hukuman kes ini? A: Mahkamah menetapkan 16 Disember sebagai tarikh bagi fakta dan hukuman dalam kes ini yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

