awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu muda tekup muka anak sehingga mati dituduh esok

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2023
15:39 MYT
Ibu muda tekup muka anak sehingga mati dituduh esok
Suspek ditahan di sebuah rumah flat sekitar Dengkil pada Isnin selepas mangsa disahkan maut selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Cyberjaya. - Gambar hiasan
SEPANG: Ibu muda yang disyaki menekup muka anak kandungnya berusia setahun enam bulan sehingga mati akan dituduh di Mahkamah di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis.
"B2 iaitu ibu mangsa akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala B1 yang juga suami kepada suspek berkenaan dibebaskan kerana tiada kaitan dengan kes.
"B3 yang merupakan teman lelaki suspek berkenaan akan dijadikan saksi pendakwaan kes terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Pada Khamis Sinar Harian melaporkan, polis menahan seorang ibu berusia 20 tahun kerana disyaki menekup dan mencekik anak kandungnya selepas bermalam bersama kekasihnya itu di sebuah kondominium di Cyberjaya, di sini 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta dalam proses penceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang merupakan seorang penganggur.
Suspek ditahan di sebuah rumah flat sekitar Dengkil pada Isnin selepas mangsa disahkan maut selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Cyberjaya.
Hasil soal siasat suspek mengaku menekup muka mangsa menggunakan bantal semasa anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ibu tekup muka anak
#bermalam dengan teman lelaki
#mahkamah
#Dengkil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan