awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu sanggup redah api selamatkan bayi 14 bulan dalam kebakaran di Labuan

Bernama
Bernama
23/11/2017
13:53 MYT
Ibu sanggup redah api selamatkan bayi 14 bulan dalam kebakaran di Labuan
Ling Siew Lee, 40, berjaya menyelamatkan bayi perempuannya, Lim May Tung, yang berada di tingkat atas, sebelum rumah dua tingkat didiami mereka terbakar. - Gambar hiasan
Seorang ibu nekad meredah api untuk menyelamatkan bayi perempuannya berusia 14 bulan daripada rumah mereka yang sedang terbakar, dengan memeluk dan membawanya keluar menerusi pintu dapur dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari ini.
Ling Siew Lee, 40, berjaya menyelamatkan bayi perempuannya, Lim May Tung, yang berada di tingkat atas, sebelum rumah dua tingkat didiami mereka di Taman Guan Huat, Pulau Buah di sini , terbakar.
Siew Lee dan bapa mertuanya, Lim Sing Sung, 70, menghadapi kesukaran bernafas setelah terhidu asap tebal dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata bilik operasi jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari dan menggegaskan dua jentera bersama 17 anggota ke lokasi.
"Kami berjaya memadamkan kebakaran beberapa minit kemudian, tetapi sebahagian daripada rumah itu sudah pun musnah," katanya.
Suami Siew Lee tiada di rumah ketika kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#API
#bayi
#bomba
#Hospital
#kebakaran
#Labuan
#operasi
#redah api
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan