awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal antara ditahan edar dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2022
21:45 MYT
Ibu tunggal antara ditahan edar dadah
Seorang ibu tunggal antara yang ditahan dalam Ops Bret kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal dan dua lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah ditahan dalam Ops Bret di sebuah residensi di Maluri, Cheras di sini pada Jumaat.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, sindiket berkenaan mendapat bekalan dadah jenis heroin dari utara dan menyasarkan pengguna sekitar Lembah Klang.
"Hasil pemeriksaan di dalam sebuah kereta jenis Proton X70 milik salah seorang suspek telah menjumpai satu beg galas yang berisi 10 bungkusan plastik berisi dadah berbahaya disyaki jenis heroin seberat 4.53kg.
"Salah seorang suspek lelaki telah berkeluarga, seorang lagi masih bujang manakala suspek perempuan pula adalah seorang ibu tunggal dan memiliki 2 anak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, pasukan serbuan turut merampas wang tunai berjumlah RM671 dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM61,902.
Mohd Shokri berkata, kesemua suspek merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 26 hingga 41 tahun dan mempunyai rekod lampau malah pernah beberapa kali ditahan berhubung kesalahan narkotik.
Katanya, hasil ujian urin mendapati kedua-dua suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine manakala ibu tunggal tersebut bebas dari pengambilan dadah.
"Suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) antara lima hingga tujuh hari dari 19 hingga 25 Februari.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,"ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Ops Bret
#heroin
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan