awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
JPNIN lepasi sasaran dengan pencapaian 301 Rukun Tetangga Progresif - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal ditemui maut di pusat peranginan, suspek direman

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
11/07/2022
05:05 MYT
Ibu tunggal ditemui maut di pusat peranginan, suspek direman
Penangkapan suspek dilakukan sepasukan pegawai dan anggota IPD Mukah di sebuah rumah sekitar jam 1.40 petang.- Gambar hiasan
MUKAH: Polis Mukah pada Ahad menahan seorang lelaki, bagi membantu kes kematian seorang ibu tunggal berusia 44 tahun di sebuah pusat peranginan di sini, semalam.
Dalam kejadian tersebut, mangsa ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah bilik oleh pekerja pusat peranginan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias, lelaki yang dipercayai suspek utama tersebut merupakan lelaki tempatan berusia 52 tahun.
"Suspek diberkas selepas siasatan dan maklumat awal pihak kami mendapati dia merupakan individu terakhir dilihat bertemu dengan mangsa.
"Dengan tertangkapnya lelaki tersebut, kes ini dianggap selesai," katanya dalam satu kenyataan.
Rizal memberitahu, penangkapan suspek dilakukan sepasukan pegawai dan anggota IPD Mukah di sebuah rumah sekitar jam 1.40 petang.
"Dia kini ditahan reman dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," jelasnya.
Terdahulu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah mengesahkan wujudnya kesan cedera dalaman di bahagian leher dan pinggang sebelah kiri mangsa.
Mangsa yang beralamat di Sibu telah mendaftar masuk ke pusat peranginan terkenal itu bersama-sama dua anaknya pada 9 Julai sehari sebelum kejadian.
Topic Berkaitan
#ibu tunggal
#bunuh
#pusat peranginan
#Mukah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan