awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal mangsa 'love scam', rugi hampir setengah juta

Bernama
Bernama
10/10/2020
10:22 MYT
Ibu tunggal mangsa 'love scam', rugi hampir setengah juta
Seorang ibu tunggal berusia 50-an yang juga pesara kerajaan kerugian lebih RM480,000, yang dipercayai diperdaya sindiket 'love scam'.
KOTA BHARU:Seorang ibu tunggal berusia 50-an yang juga pesara kerajaan kerugian lebih RM480,000, yang dipercayai diperdaya sindiket 'love scam', yang merupakan jumlah kerugian terbesar melibatkan jenayah itu di Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kelantan Supt Ahmad Azizul Mohamed berkata, mengikut laporan, mangsa mula berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa bekerja di dalam industri minyak dan gas dan menetap di United Kingdom, melalui media sosial pada September lepas.
Katanya, tidak lama setelah berkenalan, suspek menyatakan ingin menghantar wang perbelanjaan RM650,000 kepada mangsa sebelum pada hujung September lalu mangsa dihubungi seorang wanita kononnya bertugas di Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan kenalannya (suspek) itu telah memindahkan sejumlah wang ke BNM untuk diproses.
"Mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi pindahan wang berjumlah lebih RM480,000 ke dalam satu akaun bank wanita yang menyamar pegawai BNM tersebut, bagi mengelakkan wang dipindahkan suspek dibekukan.
"Namun apabila dirasakan beliau ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada 9 Okt (semalam)," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dengan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#love scam
#ibu tunggal
#sidiket
#JSJK Kelantan
#United Kingdom
#media sosial
#Bank Negara Malaysia
#kerugian setengah juta
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan