awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal maut dijerut dengan getah paip

Bernama
Bernama
14/01/2014
11:26 MYT
Ibu tunggal maut dijerut dengan getah paip
K. Manoharan - Gambar Fail
Seorang ibu tunggal ditemui mati dengan kesan jerutan getah paip pada leher di rumahnya di Kampung Baru Sungai Kerak di sini hari ini.
Mayat Tengku Enong Tengku Muda, 68, ditemui kira-kira pukul 2 petang di dalam bilik air.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata mayat mangsa ditemui jirannya.
"Kita percaya getah paip digunakan untuk membunuh mangsa dan hasil siasatan awal, kita percaya motif kejadian berunsurkan samun," katanya.
Beliau berkata barang kemas mangsa seperti rantai, gelang tangan serta telefon bimbit turut hilang.
Mangsa dipercayai mengenali suspek kerana tiada kesan selongkar mahupun sepah di dalam kediaman mangsa, katanya.
Adik mangsa Tengku Omar Tengku Muda, 57, berkata beliau terkejut apabila diberitahu kakaknya meninggal akibat dijerut dengan getah paip.
Beliau berkata kali terakhir beliau berjumpa kakaknya dua hari lepas di surau berhampiran dan sering kali mengingatkan kakak sulungnya itu agar tidak memakai barang kemas.
Topic Berkaitan
#bunuh
#ibu tunggal
#K.Manoharan
#Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan