awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal miliki rumah baharu kurniaan Sultan Johor

Bernama
Bernama
04/01/2023
22:30 MYT
Ibu tunggal miliki rumah baharu kurniaan Sultan Johor
Majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan oleh Mejar Cina Datuk David Wong. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Penantian seorang ibu tunggal selama hampir 17 tahun untuk memiliki kediaman sendiri tercapai apabila menerima kurniaan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
S. Poongkodi, 54, yang menyara keluarganya dengan memandu van sekolah bersyukur apabila terpilih dan bagaikan tidak percaya dengan kurniaan itu.
Menurut Poongkodi mendiang suaminya meninggal dunia pada 14 Feb 2006 akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasir Gudang di sini.
Beliau bersama dua anak kemudian berpindah dan menetap di rumah ibunya kerana berasa tertekan susulan kematian suami.
"Rumah lama kami di Jalan Kelapa Sawit juga sudah uzur dan saya tidak dapat membaikinya atau membina semula disebabkan sumber kewangan terhad selain menyara dua anak yang belajar di menara gading.
"Bagaimanapun, impian saya dan dua anak untuk kembali ke rumah lama menjadi kenyataan dengan kurniaan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya kepada Royal Press Office yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim pada Rabu.
Majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan oleh Mejar Cina Datuk David Wong dan Poongkodi turut berterima kasih kepada bantuan yang diberikan oleh sukarelawan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
"Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih Tuanku atas kurniaan ini. Patik tidak akan melupakan jasa dan sumbangan Tuanku sehingga ke akhir hayat," katanya.
Sementara itu, Wong berkata kos pembinaan semula rumah berkenaan dibiayai sepenuhnya YSIJ dengan dilengkapi tiga bilik tidur, tandas, dapur, kipas dan lampu.
"Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Daerah Kulai Zainor Adani yang banyak membantu dan beliau juga memastikan kemudahan bekalan elektrik dan air turut dipasang di rumah berkenaan.
"Ini merupakan kali pertama kurniaan bantuan rumah kekal baharu disampaikan kepada penerima daripada masyarakat India," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#ibu tunggal
#rumah baharu
#S Poongkodi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan