awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut

Sinar Harian
Sinar Harian
24/05/2024
03:30 MYT
Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Tangkap layar video kejadian seorang wanita diragut suspek menunggang motosikal di Taman Bandar Senawang. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang wanita yang menunggang motosikal bersama dua anaknya menjadi mangsa ragut di Taman Bandar Senawang, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
"Polis mengesan satu video klip berdurasi 16 saat yang tular di media sosial X memaparkan satu kejadian ragut melibatkan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal bersama dua anaknya.
"Suspek lelaki menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru telah meragut gelang tangan emas milik mangsa di simpang jalan Dareca 2, Taman Bandar Senawang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, mangsa berusia 33 tahun bernasib baik kerana berjaya mengawal motosikalnya daripada terjatuh dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ujarnya, polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Faizal Mohd Zaini di talian 013-3611854 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ragut
#gelang tangan
#Taman Bandar Senawang
#penunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan