Skip to main content
Advertisement

Malaysia

WCE dijangka disambung dari Banting ke Masjid Tanah - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Masjid Tanah, di Alor Gajah, Melaka, malam tadi. - Gambar Bernama
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Masjid Tanah, di Alor Gajah, Melaka, malam tadi. - Gambar Bernama

Advertisement

ALOR GAJAH: Penyambungan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Banting, Selangor ke Masjid Tanah antara perkara yang dibincangkan Jemaah Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, jika direalisasikan, jajaran baharu lebuh raya berkenaan bukan sahaja mengurangkan kesesakan lalu lintas, malah menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan yang terlibat dengan projek itu.

“Sekarang ini jajaran yang telah siap adalah dari Taiping ke Banting, Selangor. Selepas ini, insya-Allah daripada Banting sampai ke Masjid Tanah, sampai ke Batu Pahat, sampai ke Pontian, ia akan melalui Masjid Tanah.

“Datuk Rauf (Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)… ini perbincangan kita dulu. Lebuhraya Pantai Barat bukan sahaja dari Pontian, Batu Pahat dan Muar, ia akan sampai ke Masjid Tanah ini. Kita mulakan daripada Masjid Tanah ke Banting terlebih dahulu, insya-Allah,” katanya. 

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Masjid Tanah, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan pernah memohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan jajaran baharu WCE dari Banting melalui Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum memasuki Melaka dan diteruskan ke Johor.

Cadangan perluasan lebuh raya itu dilihat berpotensi meningkatkan akses perhubungan, merangsang aktiviti perindustrian dan pelancongan serta membuka peluang pertumbuhan ekonomi baharu kepada penduduk setempat.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement