awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia perlu jadi pasaran pengguna berdaya maju selain hab pengeluaran - Liew
DUNIA
Separuh pejabat di Tehran tidak beroperasi pada Rabu - Laporan
DUNIA
UNRWA: Sektor kesihatan di Gaza dalam keadaan kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Ibu wartawan hiburan Huzz layak terima faedah Perkeso

Bernama
Bernama
01/07/2024
09:34 MYT
Ibu wartawan hiburan Huzz layak terima faedah Perkeso
Semakan oleh Perkeso mengesahkan Allahyarham merupakan seorang pencarum yang berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), dan berikutan itu ibunya layak menerima Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan dan FPM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ibu kepada wartawan hiburan, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin yang meninggal dunia pada 8 Jun lepas, layak menerima dua faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengarah PERKESO Kuala Lumpur Mohamad Asri Ngosman berkata semakan oleh Perkeso mengesahkan Allahyarham merupakan seorang pencarum yang berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), dan berikutan itu ibunya Noor Hamid, 79, layak menerima Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM).
"Semasa hayatnya arwah bekerja dengan dua majikan iaitu Kumpulan Karangkraf dan Tinta Press Sdn Bhd ada membuat caruman kepada Perkeso.
"Jadi dengan caruman yang ada itu, walaupun sudah tidak lagi bekerja kerana sakit, tetapi kelayakan untuk pencen Ilat mencukupi, maka kita proses di bawah pencen itu bagi membolehkan waris (ibu) arwah mendapat pencen penakat RM1,027 sebulan sepanjang hayat dan FPM RM3,000 sekali bayar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan Ziarah Prihatin bersama Skuad Perkeso Prihatin (SPP) di kediaman ibu Allahyarham di Ampang Jaya hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin yang juga adik kepada Allahyarham.
Sementara itu Nur-ul Afida berkata antara penulisan arwah abangnya yang masih diingati ialah apabila beliau berjaya menyatukan hubungan Biduanita Negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang sebelum itu dilaporkan mempunyai krisis hingga tidak bertegur sapa untuk beberapa tahun.
"Semasa itu arwah di Utusan, dia melakukan penulisan (kisah) untuk menyatukan dua nama besar artis dalam industri hiburan tanah air, jadi ia bukan perkara yang mudah.
"Bagi saya secara peribadi, itu adalah pencapaian besar Huzz," katanya yang turut menzahirkan terima kasih kepada Perkeso dengan faedah yang diterima itu kepada ibunya.
Huzz, 58, yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik disahkan menghidap kanser usus tahap empat dan kesihatannya semakin merosot sejak Mac, sebelum meninggal dunia pada 8 Jun lepas di rumah abangnya di Bertam Perdana, Pulau Pinang.
Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz dalam sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wartawan hiburan
#Huzz
#meninggal dunia
#faedah perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami