Kolej Automotif Antarabangsa, ICam, mampu menampung kapasiti 7,000 pelajar bila kampusnya di Pekan, Pahang siap sepenuhnya pada 2015.

Ia sekaligus bakal memenuhi permintaan tenaga kerja automotif berkemahiran tinggi, bagi menyokong keseluruhan eko sistem automotif, selaras dengan kehendak dasar automotif negara, NAP yang diumumkan baru-baru ini.



Memasuki tahun keempat operasinya, ICam, anak syarikat DRB-Hicom Berhad ini beroperasi sebagai institusi pendidikan swasta bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang automotif.

Baru-baru ini, 139 graduan dari kohort pertama dan kedua menerima diploma mereka di majlis konvokesyen pertama ICam di Pekan.

Sebagai satu-satunya institusi pengajian automotif di rantau ini yang ditubuhkan atas slogan ‘Oleh Industri Untuk Industri’, ICam dilihat bersedia menjadi pusat pendidikan automotif utama serantau yag berupaya melahirkan graduan profesional berkemahiran tinggi.