KOTA BHARU: Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesan tujuh projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dikategorikan sebagai 'projek sakit' di negeri ini.
Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Jasri Kasim berkata dua daripada projek itu ialah Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa Satu yang didapati mengalami kelewatan 193 hari, manakala PLSB Sungai Golok pula mengalami kelewatan 177 hari.
"Sepatutnya PLSB di Sungai Kelantan sudah disiapkan sebanyak 98.1 peratus pada bulan ini, namun kemajuannya baru mencapai 92.7 peratus.
"PLSB di Sungai Golok pula mengalami kelewatan kerana pelbagai masalah termasuk melibatkan isu pengambilan tanah," katanya kepada pemberita selepas Program Sesi Taklimat Pejabat Pembangunan ICU JPM Bersama Media di sini pada Selasa.
Beliau berkata projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa juga dikategorikan sebagai projek sakit setelah mengalami kelewatan 168 hari.
Jasri berkata projek sakit lain di Kelantan ialah penggantian jambatan Sungai Durian di Kuala Krai dan menaik taraf infrastruktur Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kampus Kesihatan di Kubang Kerian.
"Pembinaan jambatan antara Kampung Pasir Era ke Pasir Kelang dan pembinaan dewan serba guna di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh turut mengalami kelewatan," katanya.
Dalam pad itu, menurutnya 101 projek di Kelantan yang diluluskan menerusi RMK12 sudah siap sepenuhnya, manakala 164 projek lagi dijangka akan bermula.
Katanya kesemua projek berkenaan adalah sebahagian daripada 447 projek pembangunan di Kelantan yang telah diluluskan pada RMK12 dengan peruntukan lebih RM2.57 bilion termasuk projek lebuh raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dulunya dikenali Central Spine Road (CSR) laluan Kota Bharu-Gua Musang.
--BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Jasri berkata projek naik taraf LTSIP, Pengkalan Chepa juga dikategorikan sebagai projek sakit setelah mengalami kelewatan 168 hari. - Astro AWANI
NVIDIA acah kehadiran siri kad grafik baharu melalui video The Witcher IV
Apa yang menarik mengenai video acah ini ialah notis di bawah video tersebut yang mengatakan bahawa ia telah diolah menggunakan sebuah kad grafik NVIDIA yang belum diumumkan lagi.
14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta
Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia akan dilancarkan menjelang 2025 - Azalina
NAP-BHR akan dilancarkan Januari tahun depan, menandakan kemajuan signifikan ke arah integrasi pertimbangan hak asasi manusia dalam amalan perniagaan negara.
MITRA tangguh permohonan geran PPSMI 2025
MITRA memutuskan untuk menangguh permohonan geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Kerajaan pertimbang pelarasan elaun Kor Sispa - Ahmad Zahid
Jabatan Perdana Menteri diminta memperhalusi cadangan tersebut bagi meringankan beban kewangan pelatih serta sebagai usaha menarik minat pelajar menyertai pasukan sukarelawan itu.
PM Anwar iktiraf peranan penjawat awam tingkat kejayaan negara
Perdana Menteri mengiktiraf peranan penting yang dimainkan penjawat awam dalam usaha membantu meningkatkan prestasi dan menjamin kejayaan negara.
Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Jabatan Perdana Menteri
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.
PM Anwar rai 1,019 warga JPM cemerlang, pesara di Majlis Apresiasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan seramai 1,019 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang cemerlang dan bersara sempena Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Agong berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka JPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
Jemaah menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM - Fahmi
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara.