BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 18 April hingga 24 April 2016.

Antara tajuk-tajuk utama minggu lalu termasuk pelulusan prosiding pemecatan terhadap Presiden Brazil Dilma Rousseff, murid tahun satu mati dipatuk ular


ISNIN, Apr 18:

Dewan Rakyat Brazil lulus undian pemecatan Presiden Dilma Rousseff

Ahli Parlimen Brazil hari ini mencapai keputusan undian dua per tiga majoriti yang diperlukan untuk meluluskan prosiding pemecatan terhadap Presiden Dilma Rousseff.





SELASA, Apr 19:

Murid tahun 1 maut dipatuk ular




Nazir bercuti bagi membolehkan semakan ke atas pemindahan AS$7 juta

Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Razak mengesahkan beliau akan mengambil cuti secara sukarela bermula hari ini bagi membolehkan satu semakan bebas dijalankan membabitkan isu pemindahan wang AS$7 juta.


Christoph Mueller letak jawatan CEO Malaysia Airlines

Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Christoph Mueller akan meninggalkan syarikat itu pada September 2016, lebih awal dari pengakhiran kontrak tiga tahun beliau.

Difahamkan ini adalah atas permintaan Mueller sendiri atas sebab-sebab peribadi.


RABU, Apr 20:

Dua serpihan ditemui di Mozambique hampir pasti MH370



KHAMIS, Apr 21:

Sekolah histeria: Pengamal perubatan Islam bantu halau makhluk halus

Susulan berita mengenai serangan histeria ke atas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 (SMKPC2) minggu lalu, beberapa pengamal perubatan Islam dan dukun sudah memulai sesi menghalau makhluk halus di sekolah tersebut.

Antara yang tampil memberi khidmat ialah pengamal perubatan Islam, Datuk Seri Baharudin Abu yang mengambil pendekatan berbeza dalam mengatasi fenomena gangguan tersebut.


JUMAAT, Apr 22:

Pekerja TH terima ganti rugi RM67,000 kerana lipas dalam makanan hospital

Seorang pegawai khidmat pelanggan Lembaga Tabung Haji (TH) melalui pengalaman menjijikkan apabila termakan bahagian kepala dan kaki seekor lipas yang ditemui di dalam makanannya ketika dirawat di sebuah hospital swasta di sini, Mei tahun lepas.

Kesan daripada insiden itu, Wan Hailmey Mahrawi, 38, mengalami loya, muntah-muntah, sakit perut dan demam panas.


Cikgu di Kedah panik 'digigit' ular


Seorang guru wanita panik dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas dipercayai 'digigit' seekor ular.

Mangsa diserang reptilia itu semasa mengambil barang di dalam stor di sebuah sekolah dekat Mergong, di sini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail guru berkenaan tiba di hospital dalam keadaan mengerang kesakitan sambil memegang kaki kirinya.


SABTU, Apr 23:

Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit' Ayah Pin, meninggal dunia

Ketua ajaran sesat 'Kerajaan Langit' Arifin Muhamad atau Ayah Pin, meninggal dunia pada jam 8.30 Jumaat malam di rumahnya, di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, Terengganu.

Menurut isterinya, Che Jaharah Awang, 56, suaminya meninggal dunia pada usia 74 tahun kerana sakit tua.


Golongan LGBT tidak layak sertai polis - Timbalan KPN

Golongan yang mengamalkan budaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak layak menyertai pasukan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, ini kerana golongan tersebut jauh menyimpang dari tatatertib budaya Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.


AHAD, Apr 24:

Kenyataan LGBT Timbalan KPN tidak masuk akal - Marina

Datin Paduka Marina Mahathir menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim bahawa golongan yang mengamalkan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak layak menyertai pasukan polis, adalah tidak masuk akal

Beliau berkata, polis seharusnya memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah jenayah dalam negara ini dan tidak memperbesarkan isu yang tidak wujud.


Prince disemadikan dalam upacara tertutup





8 maut selepas ribut bersama hujan air batu sebesar bola golf berantakan Myanmar

Sekurang-kurangnya lapan maut selepas angin kencang dan hujan air batu sebesar bola golf melanda Myanmar semalam.

Menurut pegawai kerajaan, selain itu, cuaca buruk sejak beberapa hari itu turut menyebabkan banyak kuil pagoda dan ribuan bangunan musnah.


MB Terengganu enggan ulas gelaran Datuk Seri ditarik balik