Minggu yang sibuk bagi dunia politik tanahair dimana masa depan karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan. Begitu juga negara dikejutkan dengan insiden pendaratan cemas pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia di Kuala Selangor.

Namun disebalik itu berita gembira buat ekonomi negara apabila badan penarafan antarabangsa, Fitch Ratings memberikan unjuran yang baik buat Malaysia.

Untuk berita-berita itu dan selainnya, berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 22 sehingga 28 Februari.

ISNIN, 22 Feb:

BACA:
Pelantikan Exco Kedah: Ahmad Bashah tangkis spekulasi, kekalkan pentadbiran

Pelantikan tersebut sekaligus menangkis dakwaan kononnya Ahmad Bashah akan menggugurkan ketiga-tiga Exco tersebut dalam kepimpinannya.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengekalkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di bawah kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebelum ini.

BACA: Jalan raya akan 'ditutup' untuk program lumba 'halal' mat motor - Tengku Adnan

Ia sebagai usaha mendekati kumpulan tersebut dan mengelakkan mereka terus terjebak dalam gejala lumba haram dan masalah sosial berkaitan kegiatan tersebut. - Foto Bernama

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika melontarkan cadangan itu berkata, ia sebagai usaha mendekati kumpulan 'mat motor' dan mengelakkan mereka terus terjebak dalam gejala lumba haram dan masalah sosial berkaitan kegiatan tersebut.

BACA: Nazri minta Muhyiddin letak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO

NAZRI: Sebagai timbalan presiden parti, Muhyiddin sepatutnya membantu dan menyokong Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

SELASA, 23 Feb:

BACA:
Pembentangan Laporan Akhir Audit terhadap 1MDB ditangguh - Pengerusi PAC

Ini merupakan penangguhan kedua pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang dijadualkan dibentangkan pada 17 Disember lalu. - Gambar Fail

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengumumkan penangguhan pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan pada 24 dan 25 Februari.

BACA: Fitch sahkan penarafan Malaysia pada 'A-' dengan unjuran stabil

Penarafan itu didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal - Foto AFP

Fitch Ratings mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada 'A-' dan 'A' dengan unjuran stabil.

RABU, 24 Feb:

BACA:
Gempa bumi lemah di Tasik Kenyir, gegaran dirasai di Kuala Berang

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.

Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dikesan di Tasik Kenyir, Terengganu. Pusat gempa bumi itu terletak di 5 darjah Utara dan 102.9 darjah Timur, iaitu 16km ke barat daya dari Kuala Berang.

BACA: Belum masa sesuai untuk benarkan penggunaan ganja - KPN

Menurut Khalid Masih ramai lagi anak-anak muda yang menyalahgunakan ganja ini, dan menjadikannya platform untuk berhijrah kepada dadah yang lebih keras. - Gambar Fail

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membenarkan penggunaan ganja disebabkan penyalahgunaan tumbuhan tersebut masih berleluasa.

BACA: Pasukan penyelamat Nepal temui bangkai pesawat Tara Air

pesawat jenis Twin Otter ditemui di daerah barat Myagdi dengan mayat-mayat yang bergelimpangan di kawasan itu.

Pasukan penyelamat menemui bangkai pesawat yang membawa 23 penumpang dan anak kapal yang hilang di kawasan pergunungan di Nepal pada waktu pagi.

KHAMIS, 25 Feb:

BACA:
Panel Penilaian Operasi SPRM nafi laporan The Malaysian Insider

Pengerusi PPO SPRM Tan Sri Hamid Bugo menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dirinya dalam laporan tersebut yang memetik sumber tanpa nama sebagai pemberi maklumat. - Gambar Fail

Panel Penilaian Operasi (PPO) yang menasihati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan portal berita The Malaysian Insider.

BACA: Keluarga di Malaysia disaran miliki empat anak

Secara umumnya negara perlu memastikan populasi tidak berada di bawah 30.5 juta orang bagi menyuburkan penggunaan domestik dan ekonomi. - Gambar Fail

Secara ideal, setiap keluarga di negara ini disarankan memiliki empat anak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata ia bagi meluaskan sumbangan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara.

JUMAAT, 26 Feb:

BACA:
Pesawat TUDM buat pendaratan cemas, semua anak kapal selamat

TUDM memaklumkan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian

Sebuah pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis CN235 membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor sekitar jam 8.50 pagi.

BACA: Jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO digantung serta-merta

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan itu diambil selepas ahli Majlis Tertinggi (MT) berbincang selama lebih dua jam untuk usul penggantungan berkenaan. - Gambar Fail

Jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan itu diambil selepas ahli Majlis Tertinggi (MT) berbincang selama lebih dua jam.

SABTU, 27 Feb:

BACA:
Gantung jawatan: Saya akan terus bersuara - Muhyiddin

Muhyiddin menegaskan beliau akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi yang lebih menyeluruh. - Gambar Fail

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Jumaat berikrar akan terus bersuara biarpun tidak lagi memegang jawatan utama dalam parti dan kerajaan.

BACA: Gianni Infantino dilantik presiden FIFA, ambil alih jawatan Sepp Blatter

Infantino (tengah) mendapat 115 undi manakala Sheikh Salman dari Bahrain yang juga presiden Kesatuan Bola Sepak Asia mendapat 88 undi. - Foto AFP

Gianni Infantino dilantik Presiden baharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantikan Sepp Blatter. Setiausaha Agung badan bola sepak induk dunia berusia 45 tahun itu mendapat majoriti yang tinggi dari 207 anggota yang mengundi.

AHAD, 28 Feb:

BACA:
Mayat lelaki warga Malaysia ditemui terapung di Sungai Golok

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui terapung di dalam sungai berkenaan oleh penduduk.

Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian kepala di percayai dibunuh di Sungai Golok berhampiran Pengkalan Klinik, Pasir Puteh, Kelantan.