NATIONAL
#ICYMI Berita Pilihan Pengarang (24 - 30 Oktober, 2016)

Berikut ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 24 hingga 30 Oktober, 2016.
BERIKUT ialah Berita Pilihan Pengarang Astro AWANI yang menjadi tumpuan umum sepanjang minggu, dari 24 hingga 30 Oktober, 2016.
ISNIN, 24 OKTOBER
Bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggariskan 10 perkara yang perlu dilakukan oleh parti Umno untuk kekal relevan.
Pandangan diberikan sewaktu pelancaran buku "The End of UMNO? Essays on Malaysia's Dominant Party" di Kuala Lumpur.

Antara nasihat beliau adalah agar tidak menggunakan hasutan berkaitan kaum dan berbau perkauman bagi matlamat politik. - Foto Bernama
SELASA, 25 OKTOBER
Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi Isnin.

Foto JBPM
RABU, 26 OKTOBER
Balai Bomba dan Penyelamat Perak mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau individu yang cedera dalam satu insiden di mana seorang lelaki nekad membakar rumah yang disewanya gara-gara berselisih faham dengan isterinya.
Insiden sekitar 5 petang itu itu turut menyebabkan lima rumah jiran pasangan itu hangus terbakar.

Anggota bertugas terpaksa menggunakan lapan buah jentera untuk mengawal kebakaran tersebut. - Gambar Astro AWANI
KHAMIS, 27 OKTOBER
Beberapa rakaman gambar yang tersebar di media sosial sejak petang Rabu, memaparkan seorang pelajar sekolah rendah yang lengkap berpakaian baju seragam terikat di sebuah tiang, manakala beg sekolah dan botol airnya terbiar di atas lantai.
Ia membangkitkan kemarahan banyak pihak.

Gambar seorang pelajar perempuan diikat dengan rantai besi di sebuah blok pangsapuri menjadi perbualan hangat di media sosial. - Foto Facebook
JUMAAT, 28 OKTOBER
Perkhidmatan tren di laluan utara dan selatan mengalami gangguan ekoran insiden kegelinciran tren kargo di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di Stesen Batu Gajah Perak, awal Jumaat.
Ia merupakan kejadian terburuk berlaku dalam sejarah perkhidmatan kereta api negara dalam tempoh 130 tahun.

Foto Bernama
SABTU, 29 OKTOBER
Satu rekod berjaya dicipta di Sarawak, apabila sebuah pusat beli-belah terkemuka di negeri itu mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana menyediakan hidangan laksa Sarawak terbesar.
Namun yang menjadi isu ialah apabila kesemua laksa itu dilaporkan akan dibuang begitu sahaja.

Acara bertujuan mempromosikan juadah tradisi Sarawak itu ke peringkat antarabangsa. - Foto Facebook
AHAD, 30 OKTOBER
Dua mati lemas manakala 11 lagi ditemui selamat selepas sebuah bot yang membawa penumpang dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka, Kuala Muda di Sungai Petani Kedah, terbalik.

Dalam kejadian kira-kira 10.38 pagi, bot yang membawa 12 penumpang itu dipercayai terbalik selepas mengalami kerosakan enjin. - Foto JBPM
Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam.
Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit masa tambahan. - Foto Bernama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami