Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 7 sehingga 13 Mac.

ISNIN, MAC 7:

23 kes penipuan dari umrah melalui Internet dari Feb hingga kini

Sebanyak 23 kes penipuan pembelian pakej umrah melalui internet direkodkan sejak Februari lepas sehingga kini, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata mangsa penipuan bukan sahaja melibatkan golongan profesional, tetapi juga penduduk di luar bandar yang terpedaya ditawarkan harga pakej umrah yang rendah.


SELASA, MAC 8:

Daish pernah rancang culik Najib - Ahmad Zahid

Kumpulan militan Daish pernah merancang untuk menculik Perdana Menteri, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dedahnya, selain Perdana Menteri, kumpulan militan itu juga merancang untuk menculik Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.

Kumpulan itu juga turut merancang empat plot serangan lain bermula September 2014 hingga Mei 2015.

76 waris penumpang MH370 saman MAS dan 4 defendan lain

Setelah tempoh pemfailan tuntutan yang dibolehkan undang-undang berakhir pada hari ini, sebanyak 76 waris kepada 32 penumpang pesawat MH370 telah memfailkan saman terhadap Malaysian Airline System (MAS) Bhd, lapor media tempatan.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan mereka melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis lepas, dengan dokumen yang disampaikan kepada media oleh peguam Ganesan Nethi.

RABU, MAC 9:

Fenomena telur berdiri ketika gerhana matahari jadi tarikan



KLCC sahkan dua balang dibiarkan tanpa pengawasan di bahagian ruang legar

Pihak pengurusan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini mengesahkan dua objek yang tidak dikenal pasti telah ditinggalkan tanpa pengawasan di bahagian ruang legarnya.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, KLCC berkata pihak berkuasa berkaitan telah dihubungi dengan kadar segera dan orang ramai telah diarahkan untuk mengosongkan kawasan sekitar berkenaan atas faktor keselamatan.

"Pihak berkuasa telah mengambil semua langkah berjaga-jaga dan keadaan semua kembali normal pada jam kira-kira 8 malam.


KHAMIS, MAC 10:

Serpihan pesawat disyaki MH370 ditemui di Mozambique tiba untuk dianalisa - Liow

Serpihan pesawat yang ditemui di tebing pasir Mozambique awal bulan ini, dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, selamat sampai ke tanah air hari ini untuk dianalisa sebelum dihantar ke Australia untuk pengesahan lanjut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serpihan berkenaan tiba pagi tadi bersama pasukan penyiasat terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS serta pasukan penyiasat khas MH370.

SPRM sahkan RM2.6 bilion kepada Najib dari keluarga Diraja Arab Saudi - Azalina

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan bahawa sumbangan wang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah daripada daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Perkara ini disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.

JUMAAT, MAC 11:

Pelantikan Tun M sebagai penasihat Petronas ditamatkan



Papagomo didenda RM4,300 kerana cederakan buruh Pakistan

Blogger kontroversi, Papagomo didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan seorang buruh warga Pakistan di Wangsa Maju di sini, Januari lepas, dengan rakaman
videonya menjadi viral di laman sosial.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33, selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu menampar, menumbuk pipi kiri serta menendang alat sulit Khuram Shahzad, 33.


PAS umum bentuk blok pembangkang baharu




SABTU, MAC 12:

Culik pemimpin negara, cubaan militan Daish dapatkan dana - Noor Rashid

Cubaan kumpulan militan Daish untuk menculik beberapa pemimpin negara ini, dipercayai bertujuan mendapatkan dana bagi menyebar dan memperluaskan fahaman mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis percaya kumpulan itu sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai tujuan tersebut.

"Ancaman Daish ini serius dan polis akan memerangi kumpulan itu walau di mana jua mereka berada demi memastikan propaganda mereka tidak tersebar luas di negara ini," katanya kepada pemberita.

AHAD, MAC 13:

PAS tanding 11 kerusi pada PRN Sarawak


Jabatan Peguam Negara akan tentukan tindakan terhadap 2 wartawan Australia - KPN

Jabatan Peguam Negara akan menentukan tindakan sewajarnya terhadap dua warga Australia yang ditahan selepas merempuh kawalan keselamatan kerana cuba menemu bual perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, identiti kedua-dua mereka yang mendakwa sebagai wartawan Australia Broadcasting Corporation (ABC) itu akan disiasat.


Bot karam: 6 termasuk kanak-kanak lemas di Sungai Serusup

Enam penumpang termasuk seorang kanak-kanak lemas selepas bot yang dinaiki berlanggar dengan sebuah bot lain di Sungai Serusup, Penimbawan, pada Sabtu malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, seramai 24 orang lagi selamat dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan.

Kesemua mangsa yang meninggal dunia dilapor berasal dari Kampung Serusup.