awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IDEAS gesa kerajaan perjelas pemberian geran khas kepada Sabah

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2022
12:18 MYT
IDEAS gesa kerajaan perjelas pemberian geran khas kepada Sabah
Alissa Rode meminta kerajaan memperjelaskan mengenai peningkatan nilai geran khas kepada Sabah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) meminta kerajaan Persekutuan menjelaskan mengenai peningkatan nilai geran khas kepada Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta seperti diumumkan baru-baru ini.
Menurut Pengurus Unit Kewangan Awam IDEAS, Alissa Rode, kenyataan bersama dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 14 April lalu tidak menjelaskan peningkatan 4.7 kali ganda itu.
"Jika kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengubah formula yang telah dijadualkan untuk geran ini, masyarakat awam berhak untuk mengetahui alasan peningkatan sebagai sebahagian daripada hasil dan kos negeri.
"Pendedahan ini perlu menyatakan dengan jelas sifat penyerahan, sama ada pemberian ikut (individu perseorangan) kepala, geran khas, bayaran royalti atau pemberian-pemberian lain, ketika kerajaan membentangkan belanjawan kepada Parlimen,” katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah diberi kuasa untuk bersama-sama menilai semula geran khas di bawah Perkara 112D, termasuk melakukan perubahan, penghapusan atau penggantian dengan suatu geran lain.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh berkata, walaupun pihaknya mengambil maklum bahawa kenaikan penyerahhakan hasil ini sesuatu yang terlambat, namun disebabkan keperluan pembangunan Sabah yang meruncing, ketelusan adalah amat penting supaya ia dapat memastikan kerajaan mematuhi prinsip penyerahhakan hasil daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.
"Lebih-lebih lagi apabila penyerahhakan ini dilakukan mengikut keputusan budi bicara. Perlembagaan Persekutuan contohnya, mempunyai peruntukan dan peraturan mengenai pemberian ikut (individu perseorangan) kepala dan jenis penyerahhakan lain. Terdapat juga peraturan untuk bayaran royalti.
"Kementerian Kewangan perlu memberikan maklumat yang mencukupi untuk membuktikan kepada masyarakat awam bahawa semua peruntukan ini dipatuhi," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#ideas
#Geran Khas Sabah
#Kerajaan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan