awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
Pemimpin seterusnya perlu berintegriti, ikhlas berkhidmat - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti mayat lelaki terikat dalam stor sedang dikenal pasti

Bernama
Bernama
26/06/2023
09:23 MYT
Identiti mayat lelaki terikat dalam stor sedang dikenal pasti
Ujian DNA telah dilakukan oleh Jabatan Kimia, namun keputusan hasil sampel yang dihantar masih belum diketahui. - Gambar hiasan
TUMPAT: Polis sedang mengenal pasti identiti mayat lelaki yang ditemukan dalam keadaan kaki serta tangan terikat, di tingkat atas sebuah rumah yang dalam proses ubah suai, semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Amran Dolah berkata setakat ini, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) telah dilakukan oleh Jabatan Kimia, namun keputusan hasil sampel yang dihantar masih belum diketahui.
Beliau berkata keadaan mayat yang agak teruk dan dipercayai telah meninggal dunia hampir tiga hari itu sedikit sebanyak menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti mangsa.
"Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Semalam media melaporkan, bau busuk yang disangkakan bangkai binatang dari sebuah rumah dalam proses ubah suai di Taman Kota Kubang Labu, Bandar Baharu Pasir Pekan, di sini, membawa kepada penemuaan mayat seorang lelaki.
Mangsa tanpa identiti yang berusia dalam lingkungan 40-an, ditemukan dalam keadaan kedua kaki dan tangan terikat serta ada kesan darah di lantai, selain dihurung lalat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumpa mayat
#mayat terikat
#Kelantan
#identiti mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan