awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti mayat wanita ditemukan dalam semak dikenal pasti

Bernama
Bernama
25/01/2023
11:49 MYT
Identiti mayat wanita ditemukan dalam semak dikenal pasti
okasi mayat mangsa yang ditemui di Kampung Alor Gali di Marang pada 19 Januari lalu. (Gambar kecil: Zarina) - Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Polis telah mengenal pasti identiti mayat seorang wanita yang ditemukan di dalam semak di tepi jalan Kampung Alor Gali menghala ke Wakaf Tapai di Marang, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris dalam kenyataan hari ini berkata identiti wanita itu, Zarina Mukhtar, 57, disahkan berpandukan kepada padanan rekod cap jari yang tersimpan di Jabatan Pendaftaran Negara.
Beliau berkata pihaknya ada melakukan tangkapan berkaitan kes itu dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang esok untuk permohonan reman.
Pada petang Khamis lepas, mayat Zarina ditemukan oleh orang awam yang sedang mencari daun palas dalam keadaan lengkap berpakaian.
Penemuan Mayat | Mayat wanita ditemui dalam semak
Mohd Zain sebelum ini dilaporkan berkata tiada sebarang kesan pergelutan atau tompokan darah dijumpai di lokasi itu dan pemeriksaan pasukan forensik mendapati tiada sebarang kesan tikaman, tetakan atau kelar pada mayat.
Malah katanya, barang kemas seperti cincin dan rantai leher dipercayai emas masih berada di leher dan tangan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat dalam semak
#Marang
#identiti dikenal pasti
#Zarina Mukhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan