awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ideologi militan: Kaji pengeluaran visa semasa ketibaan - Musa Hassan

Bernama
Bernama
08/07/2016
09:58 MYT
Ideologi militan: Kaji pengeluaran visa semasa ketibaan - Musa Hassan
MUSA: Kita sebuah negara terbuka, banyak terima pelancong atau rakyat asing, apabila mereka masuk kita kena tahu latar belakang. - Gambar fail
Kerajaan perlu mengkaji pengeluaran visa semasa ketibaan kepada rakyat asing bagi mengelak penyebaran ideologi kumpulan militan seperti Daesh di negara ini.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata berikutan ancaman keganasan yang semakin serius, kerajaan tidak boleh sewenangnya membenarkan individu memasuki negara tanpa memeriksa latar belakang mereka.
Katanya, ini perlu supaya status sebagai pelajar dan pelancong tidak digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa bagi menyebarkan ideologi yang boleh menggugat keamanan negara.
"Kita sebuah negara terbuka, banyak terima pelancong atau rakyat asing, apabila mereka masuk kita kena tahu latar belakang...
"Tapi kalau dah masuk negara kita kemudian bagi visa... kita tak tahu siapa mereka, boleh jadi satu masalah kepada keselamatan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai ancaman kumpulan pengganas di negara ini.
Sementara itu, Musa yang juga Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia berkata beliau yakin Polis Diraja Malaysia melalui risikan yang baik dapat membantu menangani ancaman ini.
"PDRM ada pengalaman yang luas... mereka ada kemampuan untuk bendung ancaman ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata langkah untuk mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang diumumkan kerajaan untuk memberi kesedaran mengenai ancaman keganasan merupakan satu tindakan yang baik.
"Ini usaha yang baik...elok jika orang-orang yang pernah terlibat dengan perkara ini (keganasan) memberi penerangan bagi memberi kesedaran terhadap mereka yang baru ingin mendekati perkara ini," katanya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu lalu berkata kerajaan akan mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang telah berjaya dideradikalisasi untuk membantu meningkatkan kesedaran umum mengenai ancaman keganasan.
Katanya, selain memunculkan mereka di media massa, mereka juga akan dibawa ke institusi pengajian tinggi untuk tujuan tersebut.
Topic Berkaitan
#Daesh
#ideologi kumpulan militan
#Musa Hassan
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan