awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iftar@Kuala Lumpur disambut meriah

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
09/06/2018
12:59 MYT
Iftar@Kuala Lumpur disambut meriah
Dr Wan Azizah menyalakan pelita gergasi simbolik pelancaran Laman Pelita pada Program Iftar@Kuala Lumpur 2018 yang diadakan di perkarangan Dataran Merdeka hari ini. --fotoBERNAMA
Iftar@Kuala Lumpur 2018 tambah menyemarakkan bulan Ramadan di ibu negara apabila mendapat sambutan ribuan pengunjung yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa beramai-ramai.
Bertempat di Dataran Merdeka, majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Iftar@Kuala Lumpur telah dimulakan sejak 2012 dengan nama Festival Ramadan dan dijenamakan semula pada 2015.
Tahun ini, Iftar@Kuala Lumpur berlangsung sebanyak enam kali di ibu negara.
Ia diadakan bagi memupuk semangat bulan Ramadan sebagai bulan kerohanian dan kesenian Islam.
Pada masa sama, Iftar@Kuala Lumpur bertujuan mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai bulan ibadah di samping mengeratkan hubungan dalam masyarakat.
Ribuan pengunjung dijangka membanjiri Dataran Merdeka sempena Iftar@Kuala Lumpur 2018. Turut hadir, TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. @501Awani pic.twitter.com/8w4ZLmb1eW
— Rahimah Abdullah (@Rahimah501AWANI) June 9, 2018
Kelainan yang ditonjolkan kali ini ialah terdapat surau bas bergerak dan penganjuran Malam 7 Likur melalui pemasangan pelita gergasi.
Pada masa sama, Iftar@Kuala Lumpur turut terlibat dengan program My Save Food 2018 bagi memastikan pembaziran makanan dapat diminimumkan dengan menyalurkan makanan yang berlebihan kepada golongan asnaf, rumah anak yatim, surau dan masjid.
Selain itu, program lain turut diselitkan pengagihan bubur lambuk, tadarus Al-Quran, jualan food truck, bicara Ramadan dan Konsert Ramadan.
Topic Berkaitan
#bulan kerohanian
#Dataran Merdeka
#Festival Ramadan
#iftar
#Iftar Kuala Lumpur 2018
#kesenian Islam
#pelita besar
#Ramadan
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan