awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IIM, SPRM jalin kerjasama strategik selaras aktiviti pencegahan rasuah

Bernama
Bernama
08/05/2025
13:40 MYT
IIM, SPRM jalin kerjasama strategik selaras aktiviti pencegahan rasuah
Institut Integriti Malaysia (IIM) berhasrat menjalinkan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah supaya tidak berlaku pertindihan.
PUTRAJAYA: Institut Integriti Malaysia (IIM) berhasrat menjalinkan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah supaya tidak berlaku pertindihan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman menerusi satu kenyataan berkata hasrat itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif IIM Rahman Mohd Din ketika melakukan kunjungan hormat di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.
"SPRM menyambut baik hasrat IIM untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah antara IIM dengan SPRM supaya tidak berlaku pertindihan selain memantapkan pengukuhan strategi secara bersama serta berkongsi maklumat untuk merangka pelbagai strategi agenda pencegahan rasuah," katanya.
Azmi berkata kunjungan hormat itu juga turut memperlihatkan komitmen SPRM dan IIM dalam membangunkan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) bagi mengantikan Pelan Integriti Nasional (PIN).
Sementara itu, Rahman dalam kenyataan sama menzahirkan penghargaan atas komitmen diberikan SPRM dan sentiasa mengalu-alukan kerjasama serta terbuka untuk berkongsi maklumat atau pandangan bersama-sama SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Institut Integriti Malaysia
#kerjasama strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan