KOTA BHARU: Seorang pengusaha 'ikan bekok' (ikan bengkak) meraih pendapatan berganda dan tidak menang tangan apabila permintaan pelanggan terhadap hidangan pembuka selera itu terus meningkat sepanjang Ramadan kali ini.
Nor Azreena Mohd Nor, 37, mengusahakan ikan bekok sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, bermula sekitar 50 kilogram (kg) sebulan, permintaan terus meningkat mencecah 150 kg pada Ramadan kali ini.
Katanya, idea untuk membuat ikan bekok tersebut tercetus, setelah beliau memikirkan cara untuk meningkatkan pendapatan keluarga dalam tempoh pandemik COVID-19.
"Tak sangka pula mendapat sambutan berganda berbanding sebelum ini, proses hanya 50 kg ikan sahaja purata sebulan.
"Pada bulan puasa seperti sekarang, pelanggan gemar makan ikan bekok untuk berbuka, malah ia membuka selera ketika bersahur, kerana ada kecapan rasa masin, lemak ditambah pula adanya bawang dan cili goreng serta perahan asam limau," katanya ketika ditemui di gerai Ikan Bekok Kadok di Kampung Berangan Jalan Kota Bharu-Ketereh, di sini.
Bercerita lanjut, Nor Azreena berkata, untuk menyediakan ikan bekok tersebut, beliau mempunyai dua cawangan iaitu di Kadok dan Tanah Merah, dibantu tujuh pekerja untuk menyiang ikan segar dengan membelah perut, kemudian ikan itu direndam di dalam air garam semalaman.
"Pada keesokan hari, air garam tadi dibuang dan ikan kemudian direndam ke dalam air biasa selama empat jam untuk menghilangkan rasa masin berlebihan. Selepas itu barulah dijemur selama tiga hingga lima jam, bergantung kepada tahap cuaca panas.
"Sebaik sahaja ikan ini dijemur mengikut tempohnya, kita perlu angkat dan terus dimasukkan ke dalam peti, bagi membolehkan penyimpanan lebih lama sehingga tiga minggu," katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Nor Azreena berkata, bekalan ikan segar diambil daripada pembekal di Tok Bali, Pasir Puteh Geting, Tumpat, Jelawat dan Bachok.
"Antara jenis ikan bekok yang dihasilkan termasuk gelama bongkok, gelama gigi, cencaru, layur, talang, selar kuning dan 'butir nako', manakala ikan kering seperti tambang, pari, pelata serta bulu ayam, yang dijual dari harga RM18 hingga RM45 sekilogram bergantung kepada jenis ikan.
Nor Azreena berkata, ikan bekok tersebut juga mendapat permintaan untuk dipasarkan ke luar negara seperti United Kingdom dan Arab Saudi, namun beliau terpaksa menangguhkan atas beberapa kekangan seperti kos penghantaran, ketahanan ikan serta pembungkusan, bagi memastikan ia dihantar berada dalam keadaan baik.
"Walau bagaimanapun, untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ingin mendapatkan ikan bekok di luar Kelantan, sehingga kini saya mempunyai 20 hingga 30 ejen dari seluruh negara," kata ibu kepada tujuh anak dan mendapat sokongan suami Muhammad Ai'Amin Mohamad Kasim, 37, yang bekerja sebagai kakitangan awam.
Sementara itu, seorang pelanggan, Tuan Jusoh Tuan Dollah, 50, yang berasal dari Pasir Puteh berkata, sejak puasa beliau sudah beberapa kali membeli ikan bekok di situ, kerana gemarkan aroma dan rasanya yang boleh membuka selera.
"Ikan bekok ini adalah makanan tradisi sejak dulu, dan biasanya orang berpuasa kurang berselera terutama waktu dinihari ketika sahur, tetapi apabila ada ikan bekok yang digoreng panas-panas, ia menambah kenikmatan semasa makan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
Ikan bekok yang dijual dari harga RM18 hingga RM45 sekilogram membuka selera ketika bersahur, kerana ada kecapan rasa masin, lemak ditambah pula adanya bawang dan cili goreng serta perahan asam limau. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ikan bekok tambah selera ketika buka puasa, sahur di Kelantan
Ikan bekok dijual dari harga RM18 hingga RM45 sekilogram bergantung kepada jenis ikan.
Makanan 'rare' ini wajib cuba kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang
Walaupun sukar didapati kerana terhad bekalan, Maggi Ketam Nipah, Etok, Air Asam Perut dan Lidah, Ikan Bekok dan Kerutuk Serati antara lima makanan 'rare' yang wajib cuba jika melawat ke Kelantan.