Harga ikan kembung yang kekal RM22 sekilo sejak sebulan lalu membuatkan peniaga laksa dan laksam di sini mengeluh dan termenung.
Rata-rata peniaga berkata jika keadaan itu berlarutan, kemungkinan mereka akan tutup gerai kerana tidak sanggup menanggung kos tinggi membeli ikan untuk membuat kuah laksa.
Pemilik gerai Laksa Telok Kechai, Zailuddin Zakaria berkata, peningkatan harga ikan itu adalah tertinggi sejak perniagaannya beroperasi lebih 50 tahun lalu.
"Saya memerlukan sekurang-kurangnya 120 kilogram ikan setiap hari untuk dijadikan kuah laksa dan jumlah itu bertambah kepada 180 kilogram terutama pada waktu cuti sekolah dan cuti perayaan.
"Jika dulu saya beli ikan kembung pada harga hanya antara RM3 hingga RM4 sekilo, tetapi pada masa ini kini saya terpaksa membeli dengan harga yang tinggi dan ini sangat membebankan saya," katanya.
Zailuddin berkata perniagaannya buat masa ini masih dapat bertahan walaupun keuntungan yang diperolehi semakin sedikit.
"Kami masih boleh beroperasi kerana kami mungkin sudah dikenali dan ada pelanggan tetap yang sedia menempah laksa kami untuk dijual di pasar malam dan kenduri kahwin serta majlis jamuan oleh jabatan kerajaan dan swasta.
"Saya boleh katakan, peniaga laksa semakin menghadapi dilema. Kalau hendak dinaikkan harga, nanti pelanggan tidak datang, tetapi sebaliknya peniaga pula akan terasa beban bagi menampung kos yang meningkat," katanya.
Peniaga laksam di Jalan Datuk Kumbar, Fadzil Harun berkata kenaikan harga ikan turut menjejaskan perniagaan beliau.
"Perniagaan laksam memerlukan jumlah ikan yang banyak untuk dijadikan kuah yang pekat. Kalau harga semakin meningkat, ia sangat membebankan kami terutama peniaga kecil," katanya.
Harga kembung di Kedah meningkat mendadak daripada RM12 hingga RM22 sekilogram sejak hampir sebulan lalu berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Kekurangan bekalan kembung menyebabkan harganya naik mendadak hingga membebankan orang ramai.
Namun Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata kenaikan harga ikan dijangka hanya buat sementara waktu dan dijangka pulih dalam tempoh beberapa minggu lagi.
"Sebelum ini laut bergelora dan keadaan itu akan pulih sehingga tamatnya musim tengkujuh ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017

Kekurangan bekalan kembung menyebabkan harganya naik mendadak hingga membebankan orang ramai. - Reuters

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Konflik Myanmar | Genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar
1 Februari genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar. Genap dua tahun juga kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan. Bagi penduduk Myanmar, kehidupan mereka berubah sama sekali selepas tentera mengambil alih tampuk pemerintahan. Di mana hak demokrasi mereka? Manakah janji untuk adakan Pilihan Raya Umum? Dan yang paling penting, bilakah darurat yang diisytihar Junta akan berakhir? Persoalan ini masih membelenggu rakyat Myanmar.

Ikan kembung kekal RM22 sekilo, peniaga laksa dan laksam mengeluh
Harga ikan kembung yang kekal RM22 sekilo sejak sebulan lalu membuatkan peniaga laksa dan laksam di Alor Setar mengeluh dan termenung.

Harga mahal boleh 'bunuh' industri pelancongan Langkawi
Jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi akan merosot jika ada pemain industri pelancongan terus mengambil sikap menaikkan harga perkhidmatan dan makanan semasa berlangsung acara-acara besar.