awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikan lumba-lumba sesat di Lahad Datu

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
29/01/2018
02:14 MYT
Ikan lumba-lumba sesat di Lahad Datu
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu memeriksa mamalia dikenali sebagai 'Risso's Dolphin' yang ditemui sesat di perairan di Lahad Datu. - Astro AWANI / AZMIE LIM
Seekor mamalia dikenali sebagai 'Risso's Dolphin' ditemui sesat di perairan berhampiran Terminal Kontena POIC dekat sini pada Ahad, dan kelihatan masih berlegar di kawasan itu selepas 24 jam, hari ini.
Pegawai Hidupan Liar Daerah Lahad Datu Sylvester Saimin berkata, haiwan yang berukuran lebih kurang 10 kaki panjang itu ditemui orang awam kira kira jam 8 pagi hari ini.
"Satu pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu telah mencuba untuk membawanya ke luar kawasan teluk ini namun haiwan tersebut kembali semula ke kawasan ini," katanya ketika ditemui di kawasan operasi.
Sehingga jam 6 petang Ahad, pasukan operasi yang diketuainya masih memantau perkembangan selanjutnya.
Menurut Sylvester, haiwan tersebut berkemungkinan terpisah dari kumpulannya dan sesat lalu memasuki perairan ini.
Risso's Dolphin merupakan haiwan yang dilindungi mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1972.
Topic Berkaitan
#bomba
#dolphin
#Lahad Datu
#sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan