MALAYSIA
IKIM sokong kenyataan tegas PM, kemuka 6 tindakan susulan

Asap tebal menjulang ke langit susulan serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang berlangsung di Doha, Qatar, pada 15 September lalu.
Ringkasan AI
- IKIM menyokong kenyataan tegas Perdana Menteri yang mengecam serangan Israel ke atas Doha, selaras dengan prinsip kemanusiaan dan kedaulatan negara.
- IKIM cadang langkah konkrit termasuk resolusi PBB, perlindungan misi ke Gaza, sekatan ekonomi dan tindakan undang-undang terhadap Israel.
- IKIM ajak rakyat pertahan kedaulatan dan sokong usaha PM dalam perjuangan keamanan Asia Barat dan pembebasan Palestin.
IKIM turut menggesa agar dunia Islam dan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan susulan yang konkrit, termasuk:
- Mencadangkan resolusi tergempar di PBB untuk mengaktifkan misi ketenteraan antarabangsa atau pasukan pengaman bagi menghentikan serangan Israel.
- Memberikan perlindungan penuh kepada inisiatif Global Sumud Flotilla bagi mewujudkan koridor kemanusiaan ke Gaza.
- Menghentikan hubungan rasmi dengan Israel sebagai bantahan terhadap kezaliman rejim tersebut.
- Melaksanakan sekatan ekonomi terhadap urusan import dan eksport dengan Israel.
- Meluaskan boikot dan sekatan dalam bidang penyelidikan, pendidikan, budaya dan pelancongan.
- Membawa kes genosid Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) secara kolektif oleh negara Arab dan Islam.
Sempena sambutan Hari Malaysia, IKIM turut menyeru rakyat agar terus mempertahankan kedaulatan negara dan menyokong usaha Perdana Menteri dalam memperjuangkan keamanan di Asia Barat serta pembebasan Palestin.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami