awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikon dunia pemotoran dikemaskini

Astro Publication
Astro Publication
19/08/2014
03:52 MYT
Ikon dunia pemotoran dikemaskini
Tidak banyak kereta yang mempunyai imej seperti Volkswagen Beetle. Dan generasi terkininya berjaya menarik kembali perhatian masyarakat dengan rekaan yang tidak terlalu lembut dan pakej enjin/transmisi yang baik. Dan sekarang, Volkswagen Group Malaysia (VGM) telahpun mengeluarkan versi terbaru Beetle ini yang dilengkapi dengan spesifikasi yang dikemaskini.
Dari luaran, kita dapat melihat lampu bi-xenon lengkap dengan DRL LED(Daytime Running Lights. Untuk varian 1.2L TSI sahaja), cermin sisi boleh-lipat, lampu kabut dan tayar 215/60 R16 dengan aloi rekaan ‘Whirl’. Warna yang boleh dipilih merangkumi Candy White, Tornado Red, Saturn Yellow, Toffee Brown and Deep Black.
Varian Beetle 1.2L TSI Design dipasang dengan sistem audio RCD 310, Bluetooth dan 8 speaker. Untuk 1.2L Sport pula, sistem audionya diketuai pemain RCD 510 dengan penukar 6 CD; slot kad SD, kerusi ‘Vienna’ yang dibalut kulit mewah, sistem pendingin udara 2-zon Climatronic, paddle shift dan cruise control semua adalah perkakasan standard. Turut baru pada Beetle ini adalah penambahan kepada sistem anti-kecuriannya yang sekarang dipadankan dengan immobiliser elektronik. Selain daripada itu, dua beg udara untuk penumpang hadapan merupakan peralatan standard, begitu juga beg udara sisi dan thorax. Kerangka Beetle ini mendapat markah penuh 5 bintang di dalam ujian keselamatan yang dijalankan pihak Euro NCAP.
Beetle sekarang digerakkan oleh enjin 1.2 liter TSI (dengan pengecas turbo) yang dipadankan dengan kotak gear DSG 7-kelajuan. Sebanyak 104hp dan 175Nm tork disalurkan ke roda hadapan untuk melonjakkan kereta ini ke 100km/sj dari henti dalam masa 10.9 saat. Kadar penggunaan petrol dikatakan di dalam lingkungan 5.9 liter/100km. Harga bagi Volkswagen Beetle 1.2L TSI sekarang adalah RM131,888; dan RM142,888 bagi varian Sport.
Pada waktu ini, model Beetle sekarang tediri daripada empat varian dengan 3 pilihan kapasiti enjin: 1.2L TSI, 1.4TSI dan 2.0TSI.
Layari www.volkswagen.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
# Beetle
# TSI
#VW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan