Selebriti Mat Dan atau Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 30, yang mengetuai bacaan ikrar World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyifatkan kandungan ikrar itu sangat bermakna.
Meluahkan rasa teruja, Mat Dan bagaimanapun mengakui sedikit gementar tatkala Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berada di hadapannya ketika beliau mengetuai upacara berkenaan.
"Sebenarnya, kali pertama saya baca ikrar depan Sultan, bagi saya benda ini tanggungjawab besar. Walaupun ia pendek, tapi perkataan yang disampaikan sangat bermakna, kita berikrar seperti cakap dengan Tuhan. Kita kena ambil berat pasal perkara itu.
"Berpeluh juga... tapi Alhamdulillah sudah lepas dah lega," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu menyentuh mengenai kempen World #QuranHour yang berlangsung hari ini, Mat Dan yang pertama kali menyertainya menyifatkan bahawa program berkenaan sebagai sangat bagus.
"Program ini perlu diteruskan, ia banyak memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya kepada orang Islam," katanya.
Berikut merupakan kandungan ikrar berkenaan:
IKRAR QURAN
Kami bertanggungjawab membawa misi berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal hingga lahir akhlak sebagai muslim sejati.
Kami tekad untuk mempertahan iman dan akidah dalam mendepani apa jua cabaran di depan.
Kami akui bahawa harta dunia dan segala isinya hanyalah sementara.
Kami akan berusaha untuk meraih ilmu dengan penuh kerendahan hati.
Kami tekad memperteguhkan keluarga, organisasi dan ummah hingga lahir dunia berbudi dan penyanyang.
Sesunggahnya tiada daya dan upaya kami untuk menolak kemudaratan dan melaksanakan ketaatan.
Melainkan dengan kehendakMu.
Sinar Harian
Thu May 30 2019
Mat Dan mengetuai ikrar sempena World #QuranHour yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA. - Sinar Harian
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ikrar yang sangat bermakna - Mat Dan
Teruja, tetapi Mat Dan mengakui sedikit gementar tatkala Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berada di hadapannya ketika beliau mengetuai upacara berkenaan.