KUALA LUMPUR :Selepas bersara, jaguh badminton dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin aktif dalam Facebook dan status dimuat naiknya sering kali mencuri tumpuan netizen.
Terbaharu, Chong Wei menasihatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan COVID-19.
“Kawan-kawan, kes semakin banyak. Ingat mesti pakai mask (pelitup muka) bila keluar.
“Ikut SOP. Scan (imbas) MySejahtera. Jangan sampai kena sebat!” tulis beliau.
Ringkas namun status tersebut jelas mendapat perhatian netizen kerana hanya selepas sejam dimuat naik ia sudah mendapat lebih 12,000 ‘likes’.
Ramai berasakan ‘sebat’ dimaksudkan Chong Wei ada kaitan dengan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 pada Selasa.
Muhyiddin dalam perutusan itu semalam berkata: “Maaflah jika Abah ini mula menggunakan 'rotan'!”
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar SOP berkaitan COVID-19.
BACA: Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Tambahnya, petugas barisan hadapan dari agensi-agensi penguatkuasaan akan dikerah semula ke tempat-tempat awam untuk memastikan pematuhan.
“Marilah kita hadapi perang menentang COVID-19 secara bersama. Ingat, kita pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan COVID-19 sebelum ini.
“Saya yakin dan percaya kita akan dapat bersama-sama melandaikannya sekali lagi. Insya-Allah, kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya,” katanya.
Ridauddin Daud
Wed Oct 07 2020
Ramai berasakan sebat dimaksudkan Chong Wei ada kaitan dengan kenyataan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 pada Selasa.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Patung lilin Lee Chong Wei di Madame Tussauds Singapura
Figura lilin bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dipamerkan di Madame Tussauds Singapura.
Piala Sudirman: Pasukan muda negara bagai dirasuk Harimau Malaya - Chong Wei
Tahniah seharusnya diucapkan kepada barisan pemain yang tidak mengecewakan walaupun ranking setiap pihak lawan lebih tinggi.
Chong Wei yakin Mohd Azizulhasni mampu raih emas di Paris
"Terima kasih kerana menyatukan kita (rakyat Malaysia)," demikian reaksi legenda badminton perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei.
Olimpik Tokyo: Zii Jia robek hati peminat Perancis, tewaskan Leverdez
Zii Jia menang bergaya dengan mata 21-17, 21-5, meskipun Leverdez dilihat mempamerkan aksi yang agak licik pada penghujung set pertama.
Olimpik Tokyo: 'Tiada siapa masuk gelanggang untuk kalah' - Chong Wei 'terasa' dengan kecaman netizen
Datuk Lee Chong Wei kecewa dengan komen netizen yang mengecam pemain badminton negara apabila mereka kalah di gelanggang.
"Perasaan saya bercampur baur semalam" - Chong Wei ucap selamat maju jaya pada atlet Olimpik negara
Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen negara ke Olimpik Tokyo semalam.
KKM, MKN sedia bantu atlet di Tokyo andai mereka positif COVID-19 - Ismail Sabri
Ismail Sabri menasihatkan atlet supaya tidak risau dan memberi persembahan terbaik bagi mengharumkan nama negara.
Chong Wei sah tidak ke Olimpik Tokyo - Reezal Merican
Lee Chong Wei tidak akan ke Jepun atas faktor kesihatan dan nasihat doktor yang tidak membenarkannya ke luar negara.
Selepas divaksinasi, Chong Wei ajak orang ramai mendaftar
Datuk Lee Chong Wei mengajak masyarakat mengambil suntikan vaksin COVID-19 demi orang tersayang dan negara tercinta.
Lee Chong Wei sumbang 50 tablet untuk pelajar kurang berkemampuan
Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei bakal menyumbangkan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar kurang berkemampuan di Parlimen Bukit Mertajam.