KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini memberi amaran tegas kepada syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi supaya menjalankan aktiviti itu mengikut syarat ditetapkan bagi memastikan bekalan dalam pasaran sentiasa mencukupi.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata syarikat pembungkusan minyak masak bersubsidi dilantik KPDNHEP perlu mematuhi syarat ditetapkan bagi mengelak sebarang ketirisan dalam pembekalan barang kawalan itu dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku penyelewengan.
Beliau berkata semua syarikat terbabit perlu memastikan pembekalan minyak masak bersubsidi paket satu kilogram sampai kepada golongan sasar dan bukan untuk mengaut keuntungan.
"Janganlah berlaku ketirisan atau melakukan perkara yang tidak dibenarkan selain daripada membekalkan minyak masak bersubsidi paket satu kilogram untuk golongan sasar atau mungkin mengambil keuntungan besar dengan menjualnya di luar dan mendapat harga lebih tinggi.
"Jika ini berlaku, kita akan mengambil tindakan tegas (kepada mana-mana syarikat terbabit). Kita akan bertegas dalam hal ini bagi menjamin bekalan minyak masak di pasaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penyeragaman harga di Pelabuhan Sepanggar di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah dan pendekatan diambil kementerian dalam usaha mengatasi masalah kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi paket satu kilogram di pasaran yang sering menjadi rungutan pengguna termasuk di Sabah.
Nanta berkata KPDNHEP mengambil maklum mengenai isu tersebut, dan akan merangka strategi lebih komprehensif bagi mengatasi masalah itu sekali gus memastikan bekalan minyak masak bersubsidi sentiasa ada di pasaran.
"Ini lebih kepada (syarikat) pembungkus semula (minyak masak bersubsidi) yang dilantik untuk memberi bekalan kepada pasaran. Secara jangka pendek, kita akan pantau (isu tersebut) dan kita juga akan merangka strategi lain untuk jangka panjang," katanya.
Mengenai program penyeragaman harga, Nanta berkata, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM40 juta pada tahun ini untuk menjalankan program tersebut bagi barangan keperluan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum termasuk di Sabah.
Dalam pada itu, Nanta berkata, dua syarikat utama pembekal gula tempatan iaitu Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dan MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) masing-masing akan membawa masuk lebih 100 kontena gula sebulan ke Sabah bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
"Ini bererti, lebih 200 kontena (gula dibawa masuk ke Sabah) sebulan... agak mencukupi kerana setakat ini kita tiada menerima laporan tentang kekurangan bekalan gula (di Sabah). Saya berharap rantaian ini akan lancar supaya barang keperluan ini sampai ke golongan sasar.
"KPDNHEP sangat menghargai kerjasama semua pihak termasuk pengurusan Pelabuhan Sepanggar dalam memastikan bekalan barangan mencukupi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

Nanta berkata KPDNHEP mengambil maklum mengenai isu tersebut, dan akan merangka strategi lebih komprehensif bagi mengatasi masalah itu sekali gus memastikan bekalan minyak masak bersubsidi sentiasa ada di pasaran. - Gambar fail

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Polis rampas 300 tan minyak masak terpakai bernilai RM1.5 juta
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki terlibat dengan sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak (minyak masak terpakai).

Langkah Indonesia beri impak kepada keseimbangan permintaan dan penawaran minyak, lemak dunia
Langkah baharu itu yang diumumkan pada Jumaat lepas, turut dijangka melonjakkan harga minyak sawit dan minyak pesaing lain di pasaran antarabangsa.

MPS beli minyak masak terpakai RM1.50 sekilogram
Program tersebut dilaksanakan sepanjang Ramadan di bazar terpilih melalui pembukaan reruai kitar semula MPS.

653kg minyak masak gagal diseludup
Hasil risikan pihaknya mengesan pergerakan mencurigakan sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback menuju ke Kampung Bendang Pak Yong.

401 kes penyelewengan minyak masak direkod, nilai rampasan RM15.57 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Op Goreng mengesan sebanyak 401 kes penyelewengan pembekalan minyak masak.

Fokus Op Saji siasat elemen pelarian cukai sahaja - LHDN
Ia adalah bagi menyiasat elemen pelarian cukai pendapatan dalam kalangan syarikat mendapat minyak masak bersubsidi.

LHDN kesan syarikat dapat subsidi minyak masak lari cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan terdapat elemen pelarian cukai dalam kalangan syarikat yang mendapat subsidi minyak masak, melibatkan jumlah cukai dianggarkan RM200 juta.

3,870 tan metrik minyak masak bersubsidi, industri dirampas di Tawau
KPDNHEP Tawau merampas 29.699 tan metrik minyak masak subsidi dan 3,848 tan metrik minyak masak industri dalam pemeriksaan di sebuah kilang pembungkusan minyak di Tawau.

Sorok minyak masak peket dalam stor pusat sembelihan ayam
Siasatan awal mendapati minyak masak peket dianggarkan berjumlah RM21,250 itu dibawa dari Pahang.

Jangan letak syarat pembelian minyak masak peket - KPDNHEP
KPDNHEP sebelum ini telah mengesan dan mengambil tindakan kepada segelintir peniaga di negeri Kelantan dan Selangor yang melakukan perbuatan itu.