awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imbas MY Sejahtera hanya dalam premis stesen pam minyak

Hilmi Malik
Hilmi Malik
10/11/2020
09:45 MYT
Imbas MY Sejahtera hanya dalam premis stesen pam minyak
Bagi mereka yang isi minyak secara sendirian tanpa melibatkan mana-mana pihak, maka pendaftaran menerusi aplikasi MY Sejahtera tidak diperlukan, kata Ismail Sabri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tiada keperluan untuk orang ramai mendaftarkan diri di aplikasi MY Sejahtera atau secara manual sekiranya mengisi minyak di stesen minyak dengan menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian atau menerusi kad kredit/ debit.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat secara terperinci berhubung prosedur operasi standard (SOP) di stesen minyak.
“Bagi mereka yang isi minyak secara sendirian tanpa melibatkan mana-mana pihak, maka pendaftaran menerusi aplikasi MY Sejahtera tidak diperlukan,” katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri menjelaskan, pembayaran atau segala proses pembelian menerusi tingkap di stesen pam minyak juga tidak memerlukan pendaftaran MY Sejahtera berikutan tiada sentuhan fizikal.
Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan, pendaftaran MY Sejahtera adalah wajib bagi mereka yang memasuki premis stesen pam minyak bagi sebarang urus niaga.
“Bagi mereka yang memasuki ke dalam premis perlu daftar MY Sejahtera atau secara manual, ada bersemuka dengan orang ramai.
“Sekiranya berlaku sebarang kes, proses untuk kesan kontak rapat boleh dilakukan,” jelas beliau lagi.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, tindakan sama perlu dilakukan melibatkan kawasan fasiliti yang sesak termasuk surau dan juga tandas awam.
Baru-baru ini wujud kekeliruan berhubung SOP di stesen minyak termasuk beberapa individu yang telah dikenakan kompaun bagi kesalahan ketidakpatuhan terhadap SOP.
Topic Berkaitan
#SOP
#ismail sabri yaakob
#PKPB
#MKN
#perintah kawalan pergerakan
#stesen minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan