awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF jangka pertumbuhan Malaysia berkembang pada 4.7 peratus

Bernama
Bernama
04/03/2025
02:30 MYT
IMF jangka pertumbuhan Malaysia berkembang pada 4.7 peratus
Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
KUALA LUMPUR: Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
IMF berkata, keadaan ekonomi yang menggalakkan memberi peluang untuk mengukuhkan penampan dasar makroekonomi dan mempercepatkan pembaharuan struktur.
"Dalam pada itu, kedudukan luaran Malaysia pada 2024 dinilai sebagai lebih kukuh daripada tahap asas jangka sederhana dan dasar yang diingini.
"Penyatuan fiskal dijangka akan terus membina semula penampan dan memenuhi sasaran jangka sederhana yang ditetapkan di bawah Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA)," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Washington hari ini (waktu Malaysia).
IMF mengalu-alukan enakmen penting FRA itu dan menggesa pelaksanaannya dilakukan dengan pantas dan menyeluruh, ia juga mengesyorkan untuk mencapai keseimbangan utama struktur kecil menjelang 2027.
Membangunkan reformasi subsidi yang berjaya termasuk untuk elektrik dan diesel, ia memberi nasihat supaya menghentikan subsidi bahan api secara beransur-ansur.
IMF menyatakan bahawa inflasi yang merosot kepada 1.8 peratus pada 2024, diunjurkan meningkat kepada 2.6 peratus tahun ini berikutan jangkaan pelaksanaan pembaharuan subsidi petrol sebelum menyederhana kepada 2.3 peratus pada 2026.
Ia berkata, risiko kepada pertumbuhan, kebanyakannya luaran, cenderung untuk menurun manakala risiko inflasi diunjurkan naik.
Risiko luaran yang merugikan termasuk ketegangan geoekonomi yang semakin meningkat, kelembapan melibatkan rakan dagangan utama dan peningkatan konflik geopolitik, risiko pertumbuhan termasuk pelaksanaan projek pelaburan yang lebih pantas.
IMF menambah bahawa risiko inflasi menaik berpunca daripada kejutan harga komoditi global dan potensi tekanan gaji daripada kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam.
Sementara itu, ia berkata, pendirian dasar monetari neutral ketika ini adalah wajar.
IMF berkata, risiko kewangan sistemik kelihatan terkawal dan sektor kewangan kekal kukuh.
"Kedudukan modal dan kecairan bank adalah utuh. Pertumbuhan kredit, lembaran imbangan korporat dan isi rumah serta pasaran hartanah tidak menimbulkan risiko sistemik buat masa ini," tambahnya.
Penemuan ini berdasarkan kertas perundingan Artikel IV IMF yang melaporkan perbincangan antara IMF dan negara anggota. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Kewangan Antarabangsa
#IMF
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#penyatuan fiskal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan