awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Deretan kedai di Taman Medan musnah terbakar
Pengeluaran Model S dan Model X dihentikan, Tesla fokus robot humanoid dan teknologi AI
Diskaun saman kenderaan asing akan diteliti semula - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Selangor tahan 42 PATI dalam operasi di Puchong

Bernama
Bernama
12/08/2017
13:23 MYT
Imigresen Selangor tahan 42 PATI dalam operasi di Puchong
Mereka yang ditahan terdiri daripada 38 rakyat Indonesia, Pakistan (2) dan masing-masing seorang daripada Bangladesh dan Nepal yang kesemuanya berumur di antara 2 minggu hingga 45 tahun. - Gambar fail
Sejumlah 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara ditahan Jabatan Imigresen Selangor (JIM) dalam satu operasi di tapak pembinaan di Bandar D'Sierra 16, Puchong, dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Unit Operasinya Jaimin Sumpit dalam satu kenyataan di sini berkata, dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi itu seramai 245 warga asing diperiksa dan 42 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa, mengguna dan memiliki pas palsu, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalah guna pas.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 38 rakyat Indonesia, Pakistan (2) dan masing-masing seorang daripada Bangladesh dan Nepal yang kesemuanya berumur di antara 2 minggu hingga 45 tahun.
"Tujuh kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia dua minggu turut ditahan dalam serbuan tersebut...dengan penahanan ini kita dapat lihat warga asing ini telah mengambil peluang melahirkan anak di negara ini tanpa melalui proses kelahiran yang sah dan sempurna," katanya.
Menurut Jaimin ketika serbuan, anggota penguatkuasa terpaksa memotong pagar yang telah ditutup dan dikunci oleh PATI itu bagi mengelak mereka daripada ditangkap namun.
Kesemua PATI yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) , Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bandar D'Sierra 16
#Imigresen
#Jaimin Sumpit
#pati
#pendatang asing tanpa izin
#Puchong
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan