KUALA LUMPUR: Jabatan Imigrsen menahan seramai 136 pendatang tanpa izin termasuk enam wanita yang menyewa beberapa unit kondominium termasuk unit 'penthouse', di Jalan Munshi Abdullah di sini, awal pagi tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata serbuan itu dilakukan hasil risikan dan aduan orang awam yang mendakwa jumlah warga asing terlalu ramai di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan kebimbangan.
Menurutnya, pendatang tanpa izin yang ditahan terdiri daripada 130 lelaki dan enam wanita dari Bangladesh, Indonesia, India, Nepal, Pakistan dan Thailand berusia 20 hingga 70 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan
"Siasatan awal kita mendapati warga asing ini menyewa di dua blok kondominium yang mempunyai tiga atau empat bilik satu rumah dengan dihuni sekurang-kurangnya lapan orang.
"Ada yang ditahan tinggal di emper (penthouse) dan ini menunjukkan kemampuan mereka agak besar," katanya kepada pemberita selepas operasi terbabit, awal pagi tadi.
Beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dan memanggil pemilik rumah dan pengurusan kondominium bagi mengenal pasti sama ada rumah tersebut disewa majikan atau warga asing itu sendiri.
Difahamkan, kebanyakan warga asing tersebut menyewa bilik di kondominium itu bermula RM500 hingga RM800 sebulan.
Ruslin berkata kondominium tersebut pernah diserbu sebelum ini dan beberapa pendatang tanpa izin ditahan.
Beliau berkata seramai 3,016 warga asing diperiksa dalam serbuan selama empat jam bermula 1 pagi dengan melibatkan 338 anggota Imigresen dari Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur.
Katanya semua pendatang asing tersebut dibawa ke Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Ruslin berkata sebanyak 7,169 operasi dilaksanakan pihaknya bermula Januari hingga 18 Okt lepas dengan 48,656 pendatang tanpa izin dan 245 majikan ditahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh memeriksa dokumen warga asing dalam serbuan di Jalan Munshi Abdullah. - Foto BERNAMA
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.