PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dengan menahan 117 individu termasuk 85 wanita warga asing dalam operasi khas yang dijalankan di tujuh lokasi di Seremban, Negeri Sembilan dan Seri Kembangan, Selangor pada Rabu dan Khamis lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata turut ditahan 10 lelaki warga tempatan berumur 27 hingga 63 tahun yang disyaki penjaga premis pusat pelacuran warga asing terbabit, selain 18 lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki Vietnam dan seorang lelaki warga Nepal berumur lingkungan 15 hingga 53 tahun.
Ruslin menerusi kenyataan berkata wanita warga asing yang ditahan dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) merangkumi 48 warga Vietnam, 34 wanita Indonesia dan tiga warga Bangladesh.
"Operasi bermula pada 12.32 tengah hari melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta Jabatan Imigresen Perak," katanya.
Beliau berkata semua warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana tinggal lebih masa di negara ini dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.
"Mereka ditahan di Depot Imigresen Lenggeng, Perak dan Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut. Sepuluh lelaki warganegara Malaysia ditahan di bawah Sesyen 56(1)(d) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Beliau berkata semua lelaki warganegara Malaysia dan dua lelaki warga Bangladesh telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan.
Ruslin berkata pihaknya turut merampas satu unit telefon bimbit, satu unit tablet, 23 pasport Vietnam, 12 pasport Indonesia, lima pasport Bangladesh, satu pasport Nepal dan wang tunai sebanyak RM7,055.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Wanita warga asing yang ditahan dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) merangkumi 48 warga Vietnam, 34 wanita Indonesia dan tiga warga Bangladesh. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.