awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang

Bernama
Bernama
04/01/2025
07:00 MYT
Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 53 pendatang tanpa izin dalam operasi Op Kutip di Ampang, Selangor. -JIM Selangor
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 53 pendatang tanpa izin dalam operasi Op Kutip di kawasan sekitar sebuah pusat beli-belah di Ampang, Selangor, malam tadi.

Ringkasan AI
  • Jabatan Imigresen (JIM) menahan 53 pendatang tanpa izin dalam operasi Op Kutip di Ampang, Selangor.
  • Mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari pelbagai negara, berumur 14 hingga 65 tahun.
  • Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

Pengarah Imigresen Selangor Khairul Aminus Kamaruddin berkata semua yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari Indonesia, Afghanistan, India, Nepal, Australia, Filipina, Myanmar, Sweden, Tanzania, Morocco, Somalia, Nigeria, Bangladesh dan Pakistan.
"Mereka berumur 14 hingga 65 tahun dan disyaki tidak mempunyai dokumen sah serta mematuhi syarat-syarat untuk tinggal di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata semasa pemeriksaan terdapat warga asing yang bertindak agresif dengan memberi pelbagai alasan malah, ada yang berpura-pura pengsan bagi mengelak daripada ditahan.
"Seramai 141 individu diperiksa dalam serbuan yang bermula pukul 7.30 malam oleh 35 petugas Imigresen Selangor," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih bagi proses dokumentasi dan tindakan selanjutnya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#pendatang tanpa izin
#Op Kutip
#Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan