awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi

Bernama
Bernama
13/07/2017
01:47 MYT
Imigresen tubuh pasukan elit laksana serbuan berisiko tinggi
MUSTAFAR: Inilah kumpulan yang kita nak letakkan di barisan depan bagi menghadapi cabaran-cabaran.
Jabatan Imigresen Malaysia kini dalam proses menubuhkan pasukan khas yang pada masa ini dikenali sebagai ‘Pasukan Elit’ bagi menangani serbuan berisiko tinggi.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata untuk peringkat awal, sekurang-kurangnya 15 pegawai imigresen akan dipilih menganggotai pasukan itu yang akan dilengkapi latihan berbentuk komando selain dibekalkan senjata api.
“Inilah kumpulan yang kita nak letakkan di barisan depan bagi menghadapi cabaran-cabaran. Cabaran dalam aspek penguatkuasaan undang-undang memang banyak, misalnya apabila kita melakukan serbuan, kita hadapi banyak ancaman kekerasan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program prapemilihan anggota pasukan itu di Akademi Imigresen di sini pada Rabu.
Seramai 76 pegawai imigresen merangkumi 61 lelaki dan 15 wanita mengikuti latihan tersebut.
Mengulas lanjut, Mustafar berkata mereka akan menerima latihan dalaman selain didedahkan dengan corak latihan pasukan penguat kuasa undang-undang lain termasuk polis.
Kumpulan pertama pasukan ini akan ditempatkan di ibu pejabat imigresen di Putrajaya di bawah Bahagian Perisikan Operasi Khas, katanya.
Namun katanya mereka akan digerakkan ke seluruh negara bagi menangani serbuan berisiko tinggi.
Mustafar berkata pasukan itu akan dikembangkan ke peringkat negeri pada satu masa nanti.
Pada masa ini jabatan itu mempunyai 14,420 anggota di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#komando
#Mustafar Ali
#pasukan elit
#senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan