KUALA LUMPUR: Kumpulan isi rumah B40 di Lembah Klang merupakan golongan yang paling terkesan akibat kenaikan harga barang ketika ini.
Itu antara dapatan penting yang dinyatakan dalam Laporan Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi yang diterbitkan pada Jumaat.
Memetik laporan tersebut, lapan daripada 10 responden atau 75.8 peratus berpendapat bahawa kenaikan harga barang telah menyukarkan mereka membeli barangan keperluan seisi keluarga sekali gus perlu mengurangkan saiz hidangan.
Tinjauan ini juga mendapati, isi rumah yang tidak terkesan (24.2 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang mampu untuk berbelanja lebih dan menyimpan duit.
Daripada 75.8 peratus isi rumah yang akui terkesan dengan kenaikan harga barang, 79.1 peratus merupakan isi rumah dalam kelompok B40.
Manakala 20.9 peratus lagi merupakan isi rumah berpendapatan M40.
Hasil tinjauan ini juga mendapati bahawa beban kewangan lebih tinggi ditanggung oleh isi rumah yang mempunyai saiz keluarga yang besar.
Ini digambarkan apabila 33.3 peratus yang mengakui terkesan dengan kenaikan harga barang merupakan isi rumah yang mempunyai ahli keluarga antara lima hingga sembilan orang.
Kajian ini turut mendapati bahawa 81.3 peratus isi rumah menyatakan yang mereka mampu meneruskan kehidupan, namun tiada lebihan wang untuk disimpan.
Manakala, 16.5 peratus pula akui terpaksa menggunakan wang simpanan dan selebihnya terpaksa meminjam dengan 62.2 peratus responden pula tidak dapat menyimpan dan terpaksa mengurangkan saiz hidangan bagi meneruskan kehidupan harian.
Selain itu, 73.3 peratus responden yang menggunakan wang simpanan untuk kelangsungan hidup akui terpaksa mengurangkan saiz hidangan.
Kajian dalam kalangan kelompok berpendapatan B40 dan M40 ini adalah hasil kerjasama strategik antara Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia, Astro Awani dan Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam membantu menambah baik instrumen dasar menangani kos sara hidup.
Cerapan data menerusi kaedah purposive sampling pada 23 dan 24 Julai lalu melibatkan 120 sampel dijalankan di 27 penempatan di Lembah Klang dengan 18 daripadanya adalah isi rumah yang menetap di Penempatan Perumahan Rakyat (PPR).
Kerajaan sebelum ini telah menyatakan iltizam untuk terus menyalurkan pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat dalam mengharungi kesan inflasi dan kenaikan harga barang ketika ini.
Selain memperkenalkan subsidi baharu yang tidak termasuk dalam Bajet 2022, iaitu bagi ayam dan telur serta elektrik, kerajaan turut memperuntukkan anggaran subsidi RM37.3 bilion bagi petrol, diesel dan LPG berbanding RM13.2 bilion pada tahun lepas.
Malah, anggaran subsidi minyak masak telah mencecah RM4 bilion, berbanding RM2.2 billion tahun lalu selain subsidi kepenggunaan lain dengan anggaran perbelanjaan adalah RM9.7 bilion berbanding hanya RM1.1 bilion tahun sebelumnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini turut memaklumkan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 telah ditambah baik dengan Bantuan Tunai Tambahan bernilai RM630 juta dengan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.
Ia sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat serta merancakkan ekonomi melalui aktiviti perbelanjaan.
Laporan kajian boleh diperoleh di www.eiom.org
Harits Asyraf Hasnan
Thu Aug 11 2022
Hasil tinjauan ini juga mendapati bahawa beban kewangan lebih tinggi ditanggung oleh isi rumah yang mempunyai saiz keluarga yang besar. - Gambar hiasan/BERNAMA
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Impak harga barang, miskin bandar terpaksa meminjam - Kajian
8 daripada 10 responden atau 75.8 peratus berpendapat bahawa kenaikan harga barang telah menyukarkan mereka membeli barangan keperluan seisi keluarga sekali gus perlu mengurangkan saiz hidangan.
Meniti Titian Hidup: Memahami Impak Badai Inflasi diterbitkan hari ini
Inflasi telah mengurangkan kuasa beli kumpulan isi rumah B40 dan sebahagian M40 serta mengubah corak perbelanjaan mereka bagi memastikan kelangsungan hidup, sekali gus mengurangkan saiz hidangan.