awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impak rasionalisasi subsidi diesel memberangsangkan, seperti dirancang - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
24/06/2024
09:06 MYT
Impak rasionalisasi subsidi diesel memberangsangkan, seperti dirancang - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata perkara ini berikutan trend peningkatan jualan diesel komersial yang menggambarkan tanda positif bahawa ketirisan diesel bersubsidi, telah berkurang. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyifatkan impak Program Penyasaran Semula Subsidi Diesel, yang melibatkan langkah penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, amat memberangsangkan dan berlangsung seperti dirancangkan.
Beliau berkata perkara ini berikutan trend peningkatan jualan diesel komersial yang menggambarkan tanda positif bahawa ketirisan diesel bersubsidi, telah berkurang.
"Untuk makluman semua, susulan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel, berdasarkan rekod jumlah jualan runcit diesel di stesen minyak telah menurun hampir lapan juta liter sehari atau 30 peratus untuk minggu pertama selepas pengumuman penetapan semula harga diesel, berbanding minggu sebelum pengumuman.
"Bagi tempoh yang sama, jualan diesel komersial pula meningkat sebanyak empat juta liter sehari, yang memberi isyarat bahawa sebahagian penggunaan diesel runcit bersubsidi selama ini, telah digunakan oleh sektor industri yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran," katanya pada sesi Penerangan Menteri mengenai Pelaksanaan Penyasaran Semula Subsidi Diesel di Dewan Rakyat hari ini.
Amir Hamzah berkata maklumat yang diterima daripada sebuah syarikat minyak, jualan diesel di sempadan menunjukkan penurunan 40 peratus.
"Ini mengesahkan bahawa sebelum ini memang wujud aktiviti penyeludupan diesel ke negara sempadan kita," katanya dan menambah badan penguat kuasa giat bekerjasama dan mengatur gerak pelbagai operasi bagi membendung aktiviti penyeludupan.
Amir Hamzah berkata badan-badan ini, bertanggungjawab untuk membendung sebarang unsur yang menjejaskan kestabilan bekalan barangan dan perkhidmatan serta mengekang elemen pencatutan harga di pasaran.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan OPS TIRIS bermula 1 Mac 2023 bagi mengekang aktiviti ketirisan subsidi diesel dan tahun lepas sebanyak 877 kes dikendalikan di bawah OPS TIRIS 1.0 dan 2.0, melibatkan jumlah sitaan sekitar 6.4 juta liter minyak diesel dengan anggaran nilai lebih RM14.2 juta.
"Sitaan ini melibatkan aset dan peralatan seperti kenderaan, hos dan alatan menyedut minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM42.1 juta.
"Hasil tindakan ini juga telah berjaya menangkap 667 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan dan ketirisan subsidi negara," katanya.
Amir Hamzah berkata pada 1 Jan 2024, OPS TIRIS 3.0 dilaksanakan dan sehingga 22 Jun, 570 kes melibatkan penyitaan 5.1 juta liter minyak diesel bernilai hampir RM12 juta serta rampasan aset dan peralatan RM46 juta selain 275 tangkapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amir Hamzah Azizan
#Dewan Rakyat
#diesel
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan