awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Import ayam beku bersifat sementara bagi stabilkan harga di peringkat runcit

Bernama
Bernama
09/12/2021
23:14 MYT
Import ayam beku bersifat sementara bagi stabilkan harga di peringkat runcit
Nanta (kanan) berbincang sesuatu bersama Penaung Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia Tengku Hishamuddin Zaizi Tengku Azman Shah pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Putrajaya, 9 Dis 2021. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Tindakan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara adalah bersifat sementara untuk menstabilkan harga di peringkat runcit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
"Terdapat banyak permintaan daripada bekalan. Sebab itu kita bawa masuk bekalan dan harap di peringkat runcit akan menurun (harga) kerana ada persaingan lebih banyak bekalan ayam," katanya selepas majlis penyampaian anugerah Malaysia Excellence Business (MEBA 2021) di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan keputusan kerajaan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara bagi memberi pilihan harga lebih murah kepada pengguna.
Nanta berkata kerajaan telah berusaha untuk mengawal harga ayam melalui harga maksimum di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
Harga maksimum ayam standard ditetapkan RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung kecuali Langkawi.
Dalam perkembangan lain, Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata tindakan calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian Datuk Ali Biju yang menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 membuktikan keakraban Bersatu dan GPS sebagai sahabat baik.
Nanta menzahirkan bahawa GPS mampu menang pada PRN kali ini terutama di kawasan pedalaman kerana manifesto yang ditawarkan menekankan inisiatif relevan.
Antaranya memperhebatkan pembangunan, memberi bantuan kepada golongan yang terkesan dengan wabak COVID-19 dan juga rancangan jangka panjang kerajaan negeri Sarawak yang memberi fokus kepada pembangunan e-dagang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ayam sejuk beku
#Harga Ayam
#Alexander Nanta Linggi
#import ayam beku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan