PUTRAJAYA:Pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada rumah sembelih atau loji pemprosesan yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja.
Mengulas isu sindiket seludup daging yang terbongkar dua hari lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata daging dan produk daging yang diimport juga perlu pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.
"Pengimport juga perlu mengemukakan bersama sijil kesihatan daripada pihak berkuasa veterinar negara pengeksport dan kelulusan permit import dari pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) sebelum daging dan produk daging tersebut dibenarkan masuk ke pasaran negara ini," katanya dalam kenyataan semalam.
Abdul Aziz turut menzahirkan penghargaan kepada agensi yang terlibat melaksanakan operasi bersepadu perihal dagangan halal yang dipercayai digunakan sindiket penyeludupan daging sejuk beku terbabit.
Rabu lepas, sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai, Johor diserbu pihak berkuasa hasil risikan Maqis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku.
Kartel berkenaan dipercayai menjadikan sebuah gudang di Senai sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.
Di JOHOR BAHRU, Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad mencadangkan kerajaan Persekutuan mengehadkan bilangan negara pengeksport daging halal ke Malaysia bagi mengelak berulangnya isu kartel daging sejuk beku menggunakan cop halal palsu.
Yahya berkata, langkah berkenaan penting agar pihak berkuasa dapat mengenal pasti dan mengawal syarikat pembekal daging halal di negara terbabit untuk mematuhi standard, kualiti dan standard penarafan halal yang ditetapkan kerajaan Malaysia.
"Sudah sampai masanya, kerajaan Malaysia mengehadkan syarikat yang diberi lesen mengimport daging halal dari luar negara hanya kepada syarikat yang dimiliki oleh orang Islam, sama ada pemilikan penuh atau pemegang saham terbesar syarikat berkenaan.
"Hanya orang Islam yang boleh memahami sensitiviti makanan halal untuk umat Islam...Ketulenan halal sesuatu makanan, terutama yang melibatkan daging adalah merupakan suatu perkara yang sentiasa dijaga dan diawasi oleh masyarakat Islam," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Beliau berkata, kerajaan juga diharapkan dapat menghantar pegawai pengesah halal dari Malaysia dan ditempatkan di setiap syarikat penyembelihan dan ladang ternakan lembu yang terpilih untuk membekalkan daging import ke negara ini.
Katanya, pegawai berkenaan akan ditugaskan untuk membuat lawatan ke ladang-ladang ternak lembu dan kilang penyembelihan milik syarikat-syarikat pengeksport secara berkala bagi memantau proses penyembelihan halal dilakukan berbanding ketika ini pegawai pengesah halal ke negara pengeskport hanya ditempatkan di pejabat kedutaan Malaysia.
Menurutnya, dalam urusan pengimportan daging halal, pihak pengimport di negara kita juga tidak lagi boleh bergantung kepada pengesahan halal dari negara pengeksport semata-mata kerana terdapat sesetengah negara pengeksport pengesahan halal hanya dikeluarkan oleh pertubuhan masyarakat Islam di negara berkenaan.
"Keupayaan mereka untuk mengesahkan daging sembelihan halal mengikut standard masih tidak dapat diyakini sepenuhnya. Sebaliknya, perlu sentiasa merujuk bagi mendapatkan pengesahan kepada Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 04 2020

Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad mencadangkan kerajaan Persekutuan mengehadkan bilangan negara pengeksport daging halal bagi mengelak berulangnya isu kartel daging sejuk beku menggunakan cop halal palsu. - Gambar hiasan

Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

PKP 2.0 tidak halang Aina Abdul lancar lagu baharu bulan depan
Aina sangat teruja untuk melancarkan lagu baharu itu kerana ia amat istimewa buatnya.

'Ia sesuatu yang amat buruk', Bautista Agut samakan kuarantin di hotel dengan penjara
Risiko terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu.

Ringan beban kontraktor, CIDB lanjut Inisiatif PRIHATIN hingga 31 Mac
Keputusan itu dibuat selepas meneliti impak gelombang ketiga wabak COVID-19 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jangkitan baharu COVID-19 menular, China bimbang pergerakan rakyat pada sambutan Tahun Baharu
Pada Isnin, China mencatatkan 118 kes baharu, iaitu bertambah berbanding 109 pada hari sebelumnya.

Premier League sahkan 16 lagi kes positif COVID-19
Premier League menjalankan dua ujian dalam tempoh seminggu di antara 4 dan 10 Januari lalu, yang secara keseluruhan telah mengesan 36 kes positif.

COVID-19: Wanita warga Malaysia antara kes baharu dalam komuniti di Singapura
Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Isnin.

'Saya okey, seronok duduk di hospital ni' - Nazri Aziz sah dijangkiti COVID-19
Nazri kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula petang Isnin.

AWANI Ringkas: Manfaat Hospital Bersepadu MAEPS | Isu kartel daging, lima pegawai MAQIS direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Langkah "Gombak 10" reaksi terhadap kedurjanaan politik - Shahrir Samad
Tuntutan saman yang dibawa oleh 10 orang pengundi Gombak terhadap Ahli Parlimen mereka, Datuk Seri Azmin Ali dilihat sebagai tindak balas pengundi untuk menentang "kedurjanaan politik".

Label halal palsu: Kerajaan harus proaktif bongkar kes rasuah babitkan penjawat awam - Salahuddin
Salahuddin juga mahu hukuman setimpal dijatuhkan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Import daging hanya dari rumah sembelih diluluskan veterinar - Jakim
Pengimportan daging dan produk daging hanya dibenarkan daripada rumah sembelih atau loji pemprosesan yang diluluskan Jakim.