awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMT-GT platform koordinasi pengurusan lestari - MB Perak

Bernama
Bernama
09/08/2023
07:35 MYT
IMT-GT platform koordinasi pengurusan lestari - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Mesyuarat Majlis Kerjasama Hijau Sub Wilayah Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT) hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) merupakan platform antara ketiga-tiga negara melaksanakan usaha berkoordinasi bagi pengurusan lestari sumber semula jadi.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pengurusan lestari sumber semula jadi merangkumi hutan, air, hidupan liar selain memperkukuh kerjasama dalam pengurusan dan pemulihan ekosistem di kawasan sempadan.
"Ia memerlukan kerjasama antara ketiga-tiga negara dan perlu ada kefahaman bersama, sebagai contoh jika berlaku jerebu, ia akan menjejaskan keseluruhannya jadi sebab itu kita perlu memahami cara dan kaedah pengurusan hutan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerjasama Hijau Sub Wilayah Indonesia-Malaysia-Thailand kali keenam di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Delegasi Kerajaan Thailand Lt Jen Polis Sakorn Thongmunee, Ketua Delegasi Republik Indonesia Ahmad serta Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.
Dalam pada itu, Saarani berkata mesyuarat yang berlangsung hari ini adalah untuk menyelia dan memantau kemajuan Rangka Kerja Pembangunan Bandar Lestari (SUDF).
"Mesyuarat ini juga berbincang untuk menangani pelbagai cabaran alam sekitar dan sosial dengan menggalakkan pengurusan sumber yang bertanggungjawab, mengurangkan pencemaran dan sisa, dan memupuk masyarakat yang lebih saksama dan berdaya tahan.
"Kesimpulan dan dapatan yang diperoleh daripada mesyuarat yang berlangsung ini akan diumumkan pada Forum Ketua Menteri dan Gabenor, yang akan diadakan pada 27 Sept di Batam, Indonesia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand
#IMT-GT
#Saarani Mohamad
#pengurusan lestari sumber semula jadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan