awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks GPI: Malaysia ke-18 negara teraman, ke-4 di kalangan negara Asia Pasifik

Firdaus Azil
Firdaus Azil
28/09/2022
04:37 MYT
Indeks GPI: Malaysia ke-18 negara teraman, ke-4 di kalangan negara Asia Pasifik
Malaysia kini berada di tangga ke-18 daripada keseluruhan 163 negara dalam Indeks Keamanan Global 2022 yang diterbitkan Institute for Economics and Peace menyaksikan peningkatan sebanyak empat anak tangga dari tahun sebelum. - Gambar REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di tangga ke-18 daripada keseluruhan 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2022 yang diterbitkan Institute for Economics and Peace (IEP) menyaksikan peningkatan sebanyak empat anak tangga dari tahun sebelum.
Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada di kedudukan keempat di belakang Singapura, Jepun dan New Zealand.
Laporan terbaharu yang dikeluarkan pada Jun 2022 itu antara lain menggariskan faktor yang diguna pakai untuk petunjuk aliran keamanan, nilai ekonomi serta amalan masyarakat untuk memastikan persekitaran kekal aman.
Terdapat tiga faktor utama yang dijadikan sandaran oleh GPI iaitu tahap keselamatan masyarakat, perkembangan konflik dalaman dan antarabangsa serta domain ketenteraan.
GPI meliputi 163 negara yang mempunyai kira-kira 99.7 peratus populasi dunia, menggunakan 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif dari sumber yang sangat dipercayai.
Untuk tahun 2022, menurut laporan indeks itu, tahapan keamanan global telah merosot sebanyak 0.3 peratus, satu tahap yang walaupun sangat kecil tetapi ia merupakan kemerosotan untuk kali ke-11 dalam tempoh 14 tahun.
Secara keseluruhan, 90 negara menunjukkan peningkatan dalam keamanan, 71 merosot, manakala dua lagi negara dalam keadaan stabil, menunjukkan kebarangkalian yang tinggi untuk sesebuah negara itu merosot, berbanding meningkat.
Iceland kekal sebagai negara paling aman di dunia, satu kedudukan yang telah dipegangnya sejak 2008, diikuti New Zealand, Ireland, Denmark dan Austria.
Manakala Afghanistan menjadi negara paling tidak aman untuk tahun kelima berturut-turut diikuti Yaman, Syria, Rusia dan Sudan Selatan.
Tidak mengejutkan, dua daripada lima negara yang mencatatkan kemerosotan yang tinggi ialah Rusia dan Ukraine diikuti Guinea, Burkina Faso dan Haiti bersandarkan kepada konflik yang sedang dihadapi.
Eropah pula kekal sebagai benua paling aman, lokasi di mana tujuh daripada sepuluh negara teraman.
Topic Berkaitan
#Indeks Keamanan Global
#Malaysia
#Asia Pasifik
#konflik ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan