awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India mansuh sekatan ke atas import minyak sawit bertapis

Bernama
Bernama
30/06/2021
21:02 MYT
India mansuh sekatan ke atas import minyak sawit bertapis
India akan membenarkan import olein sawit RBD dengan bebas, hampir 18 bulan selepas kerajaan meletakkan produk minyak sawit bertapis di bawah kategori disekat. - Gambar hiasan
NEW DELHI: India akan membenarkan import olein sawit RBD dengan bebas, hampir 18 bulan selepas kerajaan meletakkan produk minyak sawit bertapis di bawah kategori disekat.
Menurut pemberitahuan pada Rabu oleh Direktorat Jeneral Perdagangan Luar Negeri (DGFT) Kementerian Perdagangan, import olein sawit RBD (minyak sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau) akan dibenarkan tanpa sekatan hingga akhir Disember tahun ini.
Olein sawit RBD boleh diimport melalui semua pelabuhan kecuali pelabuhan di negeri Kerala, selatan India.
Import olein sawit RBD oleh India dari Malaysia telah diabaikan sejak kerajaan pada Januari tahun lepas melarang import minyak sawit bertapis tanpa permit khas.
Perubahan dasar import berlaku dalam persekitaran harga minyak makan tinggi di negara ini.
Ini berikutan pengurangan duti import asas India ke atas minyak sawit mentah (MSM) kepada 10 peratus daripada 15 peratus sehari sebelum ini.
Topic Berkaitan
#minyak sawit
#sekatan
#hapus
#sawit RBD
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan