India telah menyatakan minat untuk membeli jet pejuang MiG-29 daripada Malaysia dengan menaik taraf pesawat itu untuk kegunaan tentera udara negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan tersebut adalah antara aspek kerjasama ketenteraan yang dipersetujui antara Malaysia dan India.
Dalam hal ini, Kementerian pertahanan (Mindef) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melihat bentuk kerjasama, termasuk pengendalian pesawat tempur Sukhoi dan peralatan ganti pesawat berkenaan, katanya.
"Ada juga kemungkinan mereka akan beli pesawat MiG-29 kita, untuk mereka pasang pulih. Sebagai timbal balas, kita menerima peralatan ganti untuk program pesawat Sukhoi kita," katanya pada sidang media di akhir lawatan enam hari beliau ke India yang bermula 30 Mac di Chennai.
Menurut majalah penerbangan ketenteraan, 'AirForces Monthly', TUDM pada 1995 telah memperoleh 18 buah jet pejuang MiG-29N dari Russia dan pada ketika ini terdapat 10 buah MiG-29N dan dua pesawat latihan MiG-29NU dalam asetnya.
Najib juga berkata lawatan ke India kali ini merupakan satu kejayaan dalam bidang pelaburan antara kedua-dua negara, di mana sebanyak 31 Memorandum Persefahaman (B-to-B) telah dimeterai dengan jumlah pelaburan sebanyak US$35.99 bilion (RM159.26 bilion).
Kerjasama yang dimeterai meliputi pembinaan pelabuhan, jalan raya, pembangunan tenaga solar, pembangunan bandar pintar, taman teknologi, pembangunan minyak sawit dan kelapa serta pendidikan tinggi.
Di samping itu, Syarikat Topworth Group dan Samarth Group dari India telah menyerahkan Surat Hasrat Melabur (LOI) untuk pelaburan berjumlah US$380 juta (RM1.6 bilion) di Malaysia, tambah beliau.
Syarikat Samarth, yang merupakan pengeluar pelbagai produk perubatan kritikal bercadang melabur US$80 juta (RM352 juta) di Iskandar Malaysia, Johor, manakala Topworth pula merupakan pengeluar aluminium foil untuk pembungkusan ubat dengan pelaburan berjumlah US$300 juta (RM1.32 bilion) di Bintulu, Sarawak.
Najib juga berkata Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan enam pakej pembinaan jalan raya sepanjang 3,000km di Rajashtan dengan anggaran pelaburan US$1.5 bilion (RM6.5 bilion).
"Lawatan saya ke Jaipur menjelaskan kesungguhan Malaysia dalam projek pembinaan jalan raya di Rajashtan di mana model yang akan dilaksanakan oleh Malaysia bakal menjadi contoh kepada negeri-negeri bersebelahan Rajashtan," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan tersebut adalah antara aspek kerjasama ketenteraan yang dipersetujui antara Malaysia dan India. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
India nasihat rakyatnya supaya tinggalkan Syria
India mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Polis berkata 'tinjauan' dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.