awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu bawah 45 tahun lebih banyak diisytiharkan muflis sejak 2005

Bernama
Bernama
17/12/2013
11:38 MYT
Individu bawah 45 tahun lebih banyak diisytiharkan muflis sejak 2005
Sebanyak 68,299 orang yang diisytiharkan muflis sejak 2005 hingga 2012 adalah individu berusia di bawah 45 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata mereka adalah antara 129,640 orang yang bankrap dalam tempoh tujuh tahun itu.
Berikutan itu, katanya, kerajaan menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) mengatur pelbagai program untuk mendidik golongan belia daripada menjadi muflis. "Pelbagai program untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang insolvensi sedang dibuat.
"Promosi melalui media elektronik telah dibuat melalui treler insolvensi serta rancangan bual bicara dalam radio dan televisiyen termasuk radio pihak universiti," katanya dalam jawapan bertulis kepada Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin di Dewan Negara.
Sejak Januari 2012 hingga Oktober 2013, MDL telah melaksanakan lebih 120 program melibatkan belia.
Topic Berkaitan
#diisytiharkan
#Insolvensi
#MDL
#muflis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan