awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu ceroboh landasan kereta api di Tanah Merah, KTMB tidak kompromi

Bernama
Bernama
06/08/2024
13:33 MYT
Individu ceroboh landasan kereta api di Tanah Merah, KTMB tidak kompromi
Mohd Zain berkata masyarakat diminta agar tidak menceroboh termasuk mengambil gambar di mana-mana landasan kereta api memandangkan perbuatan itu berbahaya sekali gus dikira menceroboh. - Gambar fail/Astro AWANI
KOTA BHARU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan berkompromi terhadap individu yang menceroboh landasan kereta api dan tindakan itu boleh dikenakan denda RM500.
Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 semua kawasan landasan merupakan kawasan larangan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 126 akta berkenaan.
Beliau berkata masyarakat diminta agar tidak menceroboh termasuk mengambil gambar di mana-mana landasan kereta api memandangkan perbuatan itu berbahaya sekali gus dikira menceroboh.
"KTMB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati melanggar peraturan ini. Kami menyeru orang ramai untuk sentiasa mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
"Keselamatan adalah keutamaan KTMB dan kami berharap agar pencerobohan landasan kereta api tidak berulang lagi di masa hadapan," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Ahad lepas, tular di laman Facebook serta media sosial lain sepasang pengantin mengambil gambar di Jambatan Guillemard di Tanah Merah.
Menerusi video berdurasi seminit 26 saat itu kelihatan seorang jurugambar lelaki sedang berlari dari landasan berkenaan, manakala pasangan pengantin tersebut hanya berjalan dengan santai untuk beredar dari landasan walaupun dihon oleh pemandu kereta api.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KTMB
#Facebook
#landasan kereta api
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan