awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu cuba rasuah Sultan Johor diminta serah diri - SPRM

Bernama
Bernama
30/03/2017
06:50 MYT
Individu cuba rasuah Sultan Johor diminta serah diri - SPRM
Tindakan diambil susulan pertemuan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM yang telah menghadap Sultan Ibrahim. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga 12 malam ini kepada individu yang cuba merasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung penganugerahan pingat untuk menyerah diri di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata jika ingkar, nama serta gambar individu itu akan didedahkan.
"Kami tahu dia masih berada dalam negara dan kami juga telah bekerjasama dengan pihak berkaitan menghalang atau menyekat beliau dari meninggalkan negara.
"Dia tahu kami sedang mencarinya dan kalau dia masih berdegil kami akan tahan beliau selepas tempoh yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan suruhanjaya itu susulan pertemuan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM yang telah menghadap Sultan Ibrahim di ibu negara berhubung pendedahan yang dibuat baginda.
Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong.
Mengenai keperluan sama ada SPRM perlu merakam kenyataan rasmi daripada Sultan Ibrahim, Azam berkata buat masa ini pihaknya menumpukan usaha untuk 'mendapatkan' individu terbabit terlebih dahulu.
"Baginda Sultan telah bagi maklumat dan kami perlu dapatkan individu ini dahulu untuk tindakan seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#SPRM
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan