awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu di sebalik audio tular kepada "Datin" dikenal pasti - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2022
04:42 MYT
Individu di sebalik audio tular kepada "Datin" dikenal pasti - Wisma Putra
Jawatankuasa Siasatan Dalaman KLN telah mengenal pasti individu yang disyaki membuat rakaman yang mengandungi tuduhan yang tidak berasas berhubung kementerian itu berdasarkan penelitian bukti dan keterangan beberapa saksi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri telah mengenal pasti individu yang disyaki membuat rakaman audio yang mengandungi tuduhan yang tidak berasas berhubung kementerian itu berdasarkan penelitian bukti dan keterangan beberapa saksi.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu menjelaskan, individu tersebut telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Dalam masa sama, "Datin" yang menerima rakaman suara berkenaan merupakan seorang pegawai kepada bekas Menteri Luar Negeri.
"Berdasarkan penelitian bukti dan keterangan beberapa saksi, Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri telah mengenal pasti individu yang disyaki membuat rakaman yang mengandungi tuduhan yang tidak berasas berhubung Kementerian Luar Negeri.
"Susulan itu, individu tersebut telah dipanggil untuk membantu siasatan dan beliau telah membuat pengakuan sepenuhnya bahawa rakaman suara tersebut dibuat oleh beliau sendiri dan individu yang bergelar “Datin” tersebut merupakan seorang pegawai kepada bekas Menteri Luar Negeri sebelum pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan ataupun Kerajaan Perikatan Nasional," kata Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Audio tular kepada 'Datin': Wisma Putra jalankan siasatan dalaman
Justeru, Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Memandangkan laporan polis berhubung perkara yang telah tular ini telah dibuat 11 April 2022 yang lalu dan ia turut melibatkan melibatkan invidu di luar Kementerian Luar Negeri, maka Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Luar Negeri akan diserahkan kepada Pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan dan tindakan sewajarnya," kata kenyataan.
Sebelum ini, tular audio durasi 135 saat di media sosial berkenaan mesej seorang lelaki kepada 'Datin' yang dipercayai menyatakan permasalahan dalaman kementerian itu.
Isu melibatkan Kementerian Luar memuncak selepas dua diplomatnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipanggil balik.
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar Negeri
#audio tular
#Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman KLN
#Emiriah Arab Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan